Assalamualaikum...
Bertemu lagi kita hari ini...Jalan2 makan angin. Kali ini kami anak beranak ke Pulau Pangkor pada Chinese New Year 19hb hingga 21hb...ramai giler haritu boleh pengsan kalau tak kuat semangat..nak berjalan ke Feri pun melangkah setapak2...berapa jam menunggu feri..mai satu persatu penuh. Tiket pulak open tiada time bila2 boleh naik sebab tu jam...Pergi ke situ pun last minit punya rancangan, sebelum ini rancang nak ke Teluk Senangin...tapi chelet penuh. Sebenarnya ajenda ke situ ialah Reunion IKM 85-86 En suami bersama kawan2nya 30 tahun tak berjumpa...saya dan anak2 tumpang ikut ja...Kami menginap di Rimba Kem...jom kita tengok aktiviti kami di Pulau Pangkor.
Ini sebahgian dari gambar yg di ambil...
Pengenalannya mesti gambar yg bersangkutan dgn tajuk.
Masih di jeti Lumut...sempat berposing dulu..
Kenalan baru dari Kelantan Puan Mazlina...tu yang seronok bila ada program mcm ni para isteri dapat juga kawan baru...paling seronok masak beramai2.
Hah nih dia geng IKM Lumut 85-86..itu sebahgian yang ada..yg lain dah balik tak sempat nak bergambar...nak buat macam mana semua ada urusan masing2.
Acara paling best...BBQ kambing yg di taja oleh sesaorang..Alhamdulillah
Anak dara ni kalau bergambar suka sangat la...
Dapat bawa 3 orang ni ja..lagi 2 orang kena kerja tak dapat cuti..
Atas Feri masa nak balik dah...sempat lagi tu utk kenangan.
Matahari terbenam tak sempat nak snap gambar...cantik sangat.
Hari ke2 kami di situ ..air laut surut sampai orang boleh berjalan ke pulau yg nampak dlm gambar tu..
Seram jugak la..anak2 minta nak berjalan ke sana...Tak dapat nak bagi..takut apa2 berlaku.
Teringat tsunami yang menyeramkn berlaku dulu..