Nuffnang ads

Jumaat, 15 April 2016

Kenangan Ku

Assalamualaikum
Sekian lama tidak bersiaran...hari ini tah mimpi apa tiba2 teringat nk melawat blog yg dh bersawang ni...mungkin itu yg di katakan rindu. Rindu pada teman di maya ini dan juga rindu di tempat kerja yg di tinggal sudah hampir setahun. Gambar2 di bawah adalah kenangan lalu yg di simpan dlm inbox sekian lama tggu di siarkan sja...Teruk betui la CikJah ni...berhenti kerja bukan bermakna berhenti berblog...tpi disebaliknya pulak..alasan rehat sebentar tah2 rupanya setahun huhuhu...sampaikan lupa nak buat macammana ...last2 redah ja la..Nak post juga walaupun dah basi..untuk kenangan 25 tahun bekerja disini. Sekarang ni sibuk di instagram saja...kalau teman2 ingin folo saya di my ig; zsarahfamily.












Rabu, 8 April 2015

Ww #30

Assalamualaikum....
Ww 30...030415 dlm ingatan..tq anak2 mama...


Khamis, 2 April 2015

Cream Puff

Assalamualaikum...
Salam sejahtera sahabat maya sekalian...kali ini nak share resipi kuih yg kat bawah tu...Cream Puff yang agak hodoh tapi sedap....jangan pandang pada rupa tau...terasa lembut dan manis bila  gigitan pertama tu terus jatuh cinta...first time buat nih.
tudia masuk bakul angkat sendiri ni...hehehe.


Tak boleh terima nih...En Suami makan dgn sambal sardin..tak sedap ka krim kastad saya..hhuhhu
 

Utk Krim Kastad..
Bahan-bahan
1 sdb tepung gandum
1 sdb tepung custard
200ml susu segar
4 sdb gula pasir
1 biji telur saiz A
1 sdb marjerin/butter
1/2 sdt esen vanilla


Cara2nya..
1. Satukan tepung gandum, tepung castard dan 2 sdb susu dalam periuk. Kacau rata hingga tak berketul
2. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla, kacau rata lagi.
3. Selepas itu, masukkan kesemua baki susu segar dan gula, masak atas api perlahan sehingga pekat. Sentiasa kacau untuk mendapatkan custard yang licin.
4. Tutup api dan masukkan butter. Kacau rata.
5. Masukkan custard ke dalam pipping bag dan sedia di paipkan ke dalam cream puff


Utk Cream Puff
Bahan-bahan
1 cwn tepung gandum -125gm
1 cawan air - 200ml
1/2 cwn butter - 100gm
4 biji telur (saiz C) bersamaan = 200ml telur dipukul sebati
1 sdt esen vanilla
1 sdb gula
secubit garam

Cara penyediannya
1. Mula sekali panaskan oven dahulu pada suhu 200'c. Satukan air & butter dalam periuk, masak hingga butter cair
2. Kemudian masukkan gula dan garam kacau rata.
3. Dengan menggunakan api kecil, masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu hingga adunan menjadi kental dan tidak melekat kat periuk.
4. Tutup api. Biarkan adunan sebentar bagi sejuk sikit..kalau adunan panas masak telur nanti.
5. Baru lah masukkan telur yang telah dipukul sebati bersama esen vanilla dan kacau hingga sebati menggunakan whisk. (kalau nak lebih mudah, masukkan adunan dalam mangkuk pemutar dan putar menggunakan mixer hingga sebati)
6. Selepas itu, masukkan adunan ke dalam pipping bag dengan menggunakan nozel berbentuk bintang..saya pakai plastik bag sja..tu yg nmpak hodoh.
7. Paipkan adunan bentuk rosset di atas dulang pembakar dan tekan bucu supaya kejadian puff nanti cantik bulat.
8. Spray permukaan cream puff dengan air.
9. Bakar pada suhu 200'c selama 15min-20min dan kemudian turunkan suhu kepada 180'c dan teruskan bakar selama 20minit hingga keperangan. (Bergantung pada oven masing-masing)
10- Setelah sejuk potong sedikit cream puff bolehlah paipkan cream kastard dan ayak gula icing ke atasnya...sedia dihidangkan...Selamat mencuba

Khamis, 26 Mac 2015

Pulau Pangkor

Assalamualaikum...
Bertemu lagi kita hari ini...Jalan2 makan angin. Kali ini kami anak beranak ke Pulau Pangkor pada Chinese New Year 19hb hingga 21hb...ramai giler haritu boleh pengsan kalau tak kuat semangat..nak berjalan ke Feri pun melangkah setapak2...berapa jam menunggu feri..mai satu persatu penuh. Tiket pulak open tiada time bila2 boleh naik sebab tu jam...Pergi ke situ pun last minit punya rancangan, sebelum ini rancang nak ke Teluk Senangin...tapi chelet penuh. Sebenarnya ajenda ke situ ialah Reunion IKM 85-86 En suami bersama kawan2nya 30 tahun tak berjumpa...saya dan anak2 tumpang ikut ja...Kami menginap di Rimba Kem...jom kita tengok aktiviti kami di Pulau Pangkor.
Ini sebahgian dari gambar yg di ambil...
Pengenalannya mesti gambar yg bersangkutan dgn tajuk.
Masih di jeti Lumut...sempat berposing dulu.. 


Kenalan baru dari Kelantan Puan Mazlina...tu yang seronok bila ada program mcm ni para isteri dapat juga kawan baru...paling seronok masak beramai2.
Hah nih dia geng IKM Lumut 85-86..itu sebahgian yang ada..yg lain dah balik tak sempat nak bergambar...nak buat macam mana semua ada urusan masing2.

Acara paling best...BBQ kambing yg di taja oleh sesaorang..Alhamdulillah

Anak dara ni kalau bergambar suka sangat la...
Dapat bawa 3 orang ni ja..lagi 2 orang kena kerja tak dapat cuti..
Atas Feri masa nak balik dah...sempat lagi tu utk kenangan.
Matahari terbenam tak sempat nak snap gambar...cantik sangat.
Hari ke2 kami di situ ..air laut surut sampai orang boleh berjalan ke pulau yg nampak dlm gambar tu..
Seram jugak la..anak2 minta nak berjalan ke sana...Tak dapat nak bagi..takut apa2 berlaku.
Teringat tsunami yang menyeramkn berlaku dulu..

Khamis, 19 Mac 2015

Jalan2 Cari Makan Kuala Gula Perak

Assalamualaikum..
Salam sejahtera sahabat sekalian...kalau dh bercerita ni bersambung2 lah...maklum lah dlm inbox banyak tak siarkan...tapi semua cerita lama. Takpa kan untuk kenangan di masa lalu...tu pun banyak dh hilang sebab hp meragam...2hb Jan 2015 saja bawa anak2 ke Kuala Gula..hasrat di hati nk makan ketam lembut...tpi ketam habis. Mereka cakap kalau nak makan kena oder dulu..Ermm jadi makan yg biasa2 sja ala thai gitu...kempunan la jawabnya.
Sapa yang nak mai sini nak makan ketam lembut call no tu dulu...tempatnya Kuala Gula, Kuala Kurau, Perak


Restoran atas air...seram jugak lah, bila boat lalu bergoyang2.
Di sini ada chelet jugak...sesuai untuk orang yg suka memancing...lain kali lah plan nk tidur sini.

Rabu, 18 Mac 2015

Pai Epal Goreng Ala2 McD

Assalamualaikum...
Salam sejahtera sahabat sekalian..lama Cik Jah tak masuk resipi dlm blog ni..
Satu perkara Cik Jah lupa..nak snap gambar inti. Takpa kot noh. Semua orang pun boleh bayangkan Pai Epal ala2 McD...jom kita tengok resipi Pai Goreng Ala2 McD.
Sedap tau habaq hang...

Hah tudia yg zip terbuka pun ada...belasah ja lah. kita ni bukan pakar masak memasak pun
 tapi pakar makan makan...hehehe selamat mencuba.

 
Bahan-bahan:
2 cawan Tepung gandum
½ cawan Margarine
1 sudu teh Garam
½ cawan Air sejuk
4 biji Epal besar
1/2 cawan Gula
½ sudu teh Serbuk kayu manis
1 sudu besar tepung gandum
Minyak masak utk menggoreng

Cara2nya :
1. Buang kulit dan potong dadu. Masukkan epal yang telah dipotong dengan gula dan serbuk kayu manis di dalam periuk. Panaskan atas api sederhana masak hingga epal lembut masukkan sesudu tepung yg di bancuh dgn sedikit air dan masak hingga menjadi sos epal yang pekat. Tutup api dan sejukkan.
2. Ayak tepung dan masukkan margarine ke dalam campuran tepung dan garam...gaul hingga menjadi seperti serbuk roti.Masukkan air sedikit demi sedikit sambil adunan digaul hingga menjadi doh.
3. Gelek adunan di atas permukaan yang telah ditabur tepung...buat ikut kreativiti anda..nk bulat atau 4 segi.
Letakkan 1 sudu adunan epal pada bahagian tengah setiap kepingan doh. Lembapkan bahagian tepi sekeliling kepingan doh dengan air.
4. Lipat kepingan doh tersebut dan picit-picit bahagian tepi dengan jari untuk mengelakkan isi terkeluar dan tekan menggunakan hujung garpu untuk kelim.
5. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng pai sehingga masak dan coklat keemasan.. Balik-balikkan pai untuk mendapat warna yang cantik.
6. Ok dah siap Pai kita jom makan...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Selasa, 17 Mac 2015

Langkawi Oh Langkawi

Assalamualaikum...
Sudah lama x bersiaran kat sini...rindu rasanya nk bersua dgn kawan2. Harap2 kawan2 masih ingat pada Zsarah Family...hehehe. Skrg ni sibuk dgn Instagram...pulun habis..kalau nk folo id saya : zsarahfamily
Kali ni nak kongsi cerita bercuti di Langkawi..tu pun tahun lepas punya 25hb Dec 2014...cuti kali x pergi mana2..Khaleeda kena tusyen...rasa mcm tak cuti..sebab dia akan ambil periksa UPSR tahun ni.
Jom kita tengok2 gambar yg di ambil semasa berada di Langkawi...hehehe. Mula2 tentu lah diatas Feri...Anak ke3 kerja dkt sana dh masuk 2 tahun..Ini lah kali pertama Mama dan abah pergi melawat..kesiaankan.
 


 

Pulau Beras basah...bosan jgk dok kat sini 1 jam.
Pulau Dayang Bunting...penat nak panjat setengah jalan ja sampai..x sanggup.
Paling best duduk atas bot
 
 Dlm underwater wold



Dekat sini mesti kena bergambar..kalau tidak orang tak kata sampai Langkawi..
Sekian Terima kasih...jumpa lagi.