Sabtu, 19 Ogos 2017

CUCUR VIRAL VERSI PEDAS

Assalamualaikum...selamat tengahari sahabat maya ku...buat lagi cucuq viral. kali ni versi pedas...cucuq ni dah banyak hri buat..dh lama dlm inbox cuma lmbat post sja.



Bahan mcm biasa..2 cwn tepung dan2 cwn air panas.
Kali ni cikjah tambah 1 labu bwg besar (potong dadu) 1/2 cwn ikan bilis cincang halus, 10-15 bji cili api potong halus, 5 tangkai daun kari potong halus, garam dan gula seckup rasa.
Campur semua bahan dan tuang air panas..gaul sebati. bulat2kn pastu grg.

Sabtu, 5 Ogos 2017

CUCUR MANIS VIRAL

Assalamualaikum...selamat petang sahabat sekalian, pagi tadi cikjah masak cucuq yg sedang hangat viral di fb..cucuq manis. Kawan2 dlm group wasap pun pakat post gmbaq cucuq ni. Cikjah pun x ketinggalan nak post jgk. Macam2 noh skrg ni...dulu tu mak cikjah pun pernah buat..kmi adik beradik pakat makan ramai2 mcm2 bentuk dok ada. Masa tu rumah pun xdak karan lagi pakai pelita minyak gaih a.k.a minyak tanah..mandi pun ayaq telaga. Nostalgia betui lah ada sapa2 yg pernah merasainya..boleh lah share kat sni...jom kita tengok resipi yg mudah sangat2 ni.
Bahannya :
2 cwn tepung gandum
2 cwn air panas
3 sudu mkn gula
secubit garam

Cara2nya :
Masukkan tepung, gula dan garam ke dlm bekas, tuang air panas dan gaul sebati. Pastu bulat2kan adunan tdi. Sapu sedikit minyak di tangan supaya doh x melekat. Setelah siap boleh lah di goreng. Masak sampai kuning keemasan. Dah siap boleh lah di hidang kan dgn sos cili, sambal tumis atau kari.
Kalau x mau manis kita boleh boh ikan bilis ka sayuran ka..apa2 pun boleh janji sedap.
Ok selamat mencuba.

Jumaat, 4 Ogos 2017

ROTI ARAB BERINTI

Assalamualaikum...Salam jumaat buat semua. Hri ni cikjah terlebih rajin update blog..semangat2 yes yes...kita nak share resipi roti arab berinti (Pak Arab pun x pernah buat..kalau dia tau mesti marah ni sbb derhaka) sorry cikjah merapu ja...roti arab ni bkn hri ni buat tau. Dah banyak hari buat roti pun dh habis tinggal gambar sja..kot sapa2 nak try buat boleh lah semak resipi di bawah..dlm insta dah lama upload...jom kita tgk resipi bahan apa yg perlu

INTI KENTANG +SARDIN
Bahan2nya
5 bji kentang (potong dadu rebus smpai empuk)
1 tin sardin(asingkan kuah)
1 batang karot(potong dadu)
1 bji bawang besar(potong dadu)
3 ulas bawang putih(cincang)
2 tangkai daun kari
1 senduk cili giling
1 biji limau kasturi
garam dan gula secukup rasa

Cara2nya
Panaskan kuali tuangkan sedikit minyak..tumis bawang, daun kari hingga agak layu. Masukkn cili giling masak hingga pecah minyak. Masukkn karot kacau sebentar dan masukkn ikan sardin. Hancur2 sardin dgn senduk kacau rata. Masukkn kentang yg telah di rebus tdi dan perasakan garam dan gula. Masak hingga kering dan akhri sekali perahkan sebiji limau kasturi. Ok siap inti kita. 
Kuah kita buang..sbb nnt bau sardin kuat sgt.



ROTI ARAB
Bahan2nya
4 cwn tepung gandum +1 sudu kecil baking powder(ayak)
1/2 cwn minyak masak
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis
secubit garam
2 sudu kecil yis (mauripan)*
1 sudu besar gula*
100ml air suam*
(campur bahan bertanda* dlm gelas biar berbuih)

Cara2nya
Masukkan tepung ke dlm bekas dan tuangkan sedikit air panas ke dlm tepung..agak2 1/2 cwn.
Masukkn semua bahan uli sampai adunan x melekat di tangan kalau adunan keras tambah sedikit air.
Rehatkan adunan selama sejam atau naik 2x ganda.
Setelah adunan naik uli sekali lagi dan bulat2kan cikjah buat 16 ketui..pastu boleh letak inti.
Rehat sebentar boleh la di bakar di atas pan..boleh tambahkan planta semasa  membakar roti.
Ok balik2kan biar masak sekata..ok siap masak 
Selamat mencuba..sekian 

Khamis, 3 Ogos 2017

Salam Rindu Sahabat Mayaku..sayang sayang i am me

Assalamualaikum..
Selamat bertemu kembali setelah sekian lama menyepikn diri..hehehe mcm orang bawa diri ja ni..buat teruk pulak cikjah ni. Lupa lah lama tak update blog..smpaikan tak kenai tuan dia dah. Tak dak apa yang menarik yg nak di kongsikan di sini..Nak bagitau skrg cikjah dah jdi ibu mertua hah nmpk mcm garang dak..dah dpt satu pangkat, sikit hari lagi naik lagi satu pangkat..nnt lah cikjah perkenalkan menantu dan anak2 cikjah yg dah kian membesar...first upload gmbr bunga labu manis yg di tanam sekitar rumah...#kebunpaknon (mytokdarling) hehehe...cikjah tumpang sekaki..cerita sedih yg sebenarnya..kalau mengikut dlm gamabr di bawah putik2 labu manis nampak subur sihat..tapi malang sekali ia gugur sebelum membesar..huhuhu..yg cikjah nampak cuma 2 biji sahaja yg lekat..harap2 ada lgi rezeki kami...





Buah asam gelugor...dari dusun ada pun sepokok ja cikjah potong dan jemur buat asam keping mau tahan setahun ni..hhehe. Nak beli pun mahal juga. Baru2 cikjah beli asam keping di pasar sepiring rm5..ada kot sejemput. Sakit jgk la..dah nk buat laska terpaksa beli jgk..kesian
Apa2 barang skrg ni semua mahal...Musim durian kali ni tak menjadi sgt takat boleh makan ja..malas nk upload buah durian...buah kurang x boleh nak promosi lebih2 nnt pakat tanya pulak. Cikjah ni banyak nk cerita tapi mata ni nak terkatup pulak...lain kali kita sembang2 lagi.