Nuffnang

Isnin, 30 September 2013

Selamat Hari Lahir Yang Ke....


Assalamualaikum....
Hari ini 30hb Sep 2013 adalah ulang tahun kelahiran En Suami tercinta...Yang ke berapa tak payah bagitau lah..Selamat Hari Lahir semoga diberkati Allah...Amin

Jumaat, 27 September 2013

Rona Roni Makaroni

Assalamualaikum....
Hari ini saya nak share resipi Makaroni bakar yg senang nak buat...tak pakai chees, sebab masa buat tu chees tak beli...hahaha. Apa yg ada kat rumah ja..jgn menyusahkan diri betul dak...En Suami ada komen sikit..dia kata masakan tak lengkap..tapi bedal jugak..hehehe. Ok jom layan resipi 




Bahan2nya... 
400g makaroni
10 biji telur
3 keping daging burger Ramly atau daging kisar.
1 biji lada
1 biji tomato
1 senduk cili kisar
1 biji bawang holland
3 ulas bawang putih
2 pelepah calery
1 sudu teh oregano
mayonis
sos cili
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Minyak masak

Caranya..
1. Masukkan makaroni dan 1 camca besar minyak masak ke dalam periuk, rebus hingga makaroni lembut tos kan.
2. Pukul telur sedikit dan ketepikan, tumbuk daging burger dlm lesung..(macam daging kisar)
3. Cincang bawang holland dan bawang putih,  tomato dan lada besar di potong dadu. calery di potong kecil.
4.Panaskan kuali masukkan sedikit minyak tumis kedua2 bawang tadi..masukkan cili kisar, masak hingga  pecah minyak.
5. Masukkan daging kacau rata, biar 5 minit hingga daging masak sedikit. Masukkan makaroni dan calery kacau rata.
6. Kemudian masukkan tomato, lada ..kacau lgi dan masukkan garam secukup rasa..sedikit gula.
7. Tutup api...alihkan makaroni tadi kedalam loyang, tuang telur ke atas makaroni dan tabur oregano.
8. Akhir sekali tuangkan sos cili di ikuti dgn moyonis dan bakar dlm oven suhu 200c selama 30 minit atau telur mengeras..
9. Sejukkan dahulu sebelum di potong.

Selamat mencuba... 

Rabu, 25 September 2013

Selasa, 24 September 2013

Cucur Nasi + Oat

Assalamualaikum...
Semalam nasi sejuk ada sikit tak habis, nak buat nasi goreng pun mesti tak cukup...jadi saya buat cucur nasi campur sedikit oat...resipi ni saya ambil dari blog hana's family.


 Cucur nasi cicah dengan gulai perangat cukup best..tapi kalau tak ada gulai sos cili pun boleh lah..





Isnin, 23 September 2013

Pulut jagung lemak manis

 Assalamualaikum..
Menu pagi sabtu kami simpel saja ..pulut jagung makan dgn ikan pekasam dan telur dadar...
Sarapan pagi yg berat tu...lepas makan kalau tak buat kerja, atau tengok tv ka..pasti boleh tangkap lentok dekat situ la jawabnya...nanti tv yang tengok kita. Beras pulut dan jagung kat rumah, kalau tak buat rosak pulak...membazir tu. En suami dia tak ada masaalah, orang Perlis ni memang suka makan pulut...


Ikan pekasam kawan mak bonda yang bagi...
Telur dadar campur mayo, bawang besar dan cili api..sedap jugak. Ini di katakan terpengaruh dengan iklan kat tv tu...Telur goreng mayonis.

 Begedil saya ni jadi ka tidak...tapi sedap juga la. En suami kata lulus.

Ahad, 22 September 2013

Selamat Ulang Tahun ke10

Assalamualaikum....
Hari ini 22hb.Sep.2013 adalah hari lahir Nur Khaleeda Bt Zainol anak bongsu saya yg ke 10 tahun...selamat ulang tahun anakku, semoga di panjangkan umur, di murahkan rezeki dan menjadi anak yg solehah juga taat pada perintah Allah....Amin




 
Awal pagi sebelum ke sekolah buka hadiah dari Alongnya...punya suka tengok bunga coklat yg cantik...

Jumaat, 20 September 2013

Ayam Serama Lagi

Assalamualiakum
Peneman setia kemana saja...itu lah tugas saya...kalau hari tak bekerja lah...Nak belek ayam pun nak kena teman jugak ka...ish2 melampau sungguh ni...
Melampau tuan ayam ni...bawa masuk rumah pulak..jangan terbery kat situ sudah ya..

Ibu ayam ni exsen giler...mentang2 la tuan sayang dkt dia..






Malam2 pun jadi kerja...sedang buat tempat ayam bertenggek. Bersemangat tu sebab ada orang temankan.
Kalau dah hobi macam tu jangan di halang...teruskan...haha 

Khamis, 19 September 2013

Nasi Goreng Dabai

Assalamualaikum
Hari ini saya nak share resipi yang mudah dan ringkas, tapi susah nak dapat ni bahan ni...kena import dari Sarawak iaitu buah dabai. Abang ke3 saya tinggal kat sana dan berkahwin orang sana...dia dah pun menjadi orang Sarawak bukan orang semenanjung lagi..waktu dia balik bercuti buah dabai semesti kena bawa balik selain dari ikan terubuk masin. Dekat rumah saya sentiasa ada...tah2 depa kat sana pun tak ada simpan buah dabai...hahaha. anak saya siap pesan 'jangan masak banyak sangat buah dabai..satgi habis'



Bahannya...
3 mangkuk nasi
10 biji cili api (di tumbuk jangan hancur sgt)
3 ulas bawang putih
2 sudu besar buah dabai ( ditumbuk)
Mix vegi
2 pelepah kobis cina
garam secukup rasa
telur (goreng mata kerbau)

Caranya...
1. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak...pastu tumis bawang putih dan cili api, biar garing sedikit masukkan buah dabai kacau sebati...hingga naik bau.
2. Masukkan nasi, sayur dan garam..kacau2 hingga masak.
3. Hiaskan dgn telur mata kerbau atau ayam goreng ka..
4. Siap untuk di makan..mudahkan


Gambar carian google.

Rabu, 18 September 2013

Wordless Wednesday # 5

Assalamualaikum....
Macam ni kalau malas nak keluar makan tengahari...mee cawan pun sedap....


Kawan dkt opis sedang menjamu selera dgn mee cawannya....jgn marah
Extra.... kuah rojak epal dan timun pun menjadi. 

Balik Kampung - Kangar Perlis # 2

Assalamualaikum...
Ok cerita balik kampung tak habis lagi....selain ziarah bapa dan mak ada tugas penting yang harus di laksanakan...ambil barang yg di tinggalkan. Bapa dan Mak berpindah ke rumah baru, jdi rumah baru tu tak brapa besar sangat terpaksalah sebahagian daripadanya di tinggalkan. En suami dan adik beradiknya kena lah uruskan barang2 yang masih boleh di gunakan lagi, yg membawa nostalgia kepada mereka...sebab semua tu peninggalan arwah emak mereka...bawa balik Penang nk habaq kat hangpa ...Perlis ke Penang jauh jugak tu...
  
Kabinet ni dah buruk sapa pun tak mau....kesian, bagi dkt cikpah (tong sampah)
Ada lagi ni cikpah nk jugak
Bapa mertua saya tu...sedang berehat sambil dok tengok anak menantu angkat barang....Ha budak kecik ni anak saudara yg paling kuat kacau orang buat kerja....
Nostalgia yang mengusik jiwa...nama sesaorang tertera kat situ...huhuhu
Buat muka sedih pulak budak kecik ni..sekeh baru tau...Angah melawak ja tu
Baru nak senyum sikit
Bilik yang pernah saya diami...dah kosong pun, tinggal kenangan...huhuhu

Gambar lukisan kat dinding tu kakak ipar yang punya...hadiah perkahwinannya.
 Di belakang rumah, tempat kami berkumpul bila nak buat bakar2 dan masak2.

Si kecik tu pun sibuk jugak...dok fikiq apa tu, gamaknya dlm hati..la nak nk tutup pun tak reti ka, bukannya payah pun....pandai2 la angah buat andaian. Selamat tinggal kenangan. 

Selasa, 17 September 2013

Balik Kampung - Kangar Perlis # 1

Assalamualaikum..
Jumaat lepas saya dan keluarga balik kampung En Suami dekat Perlis. Dalam perjalanan sempat jgk ambil gambar...utk letak dlm blog ni...



 Hari kedua (sabtu) ajak En Suami pusing2 Kuala Perlis....dalam kereta saja.


Masjid Kuala Perlis


Gua Cenderawasih (dikenali gua tok sami)

Tak ketinggalan laksa perlis....bukan beli kat kedai tau,...mak mertua yg masak..ehm sedap giler
Oder siap2..kami nk balik buat laksa boleh....hehehe