Nuffnang ads

Rabu, 18 Mac 2015

Pai Epal Goreng Ala2 McD

Assalamualaikum...
Salam sejahtera sahabat sekalian..lama Cik Jah tak masuk resipi dlm blog ni..
Satu perkara Cik Jah lupa..nak snap gambar inti. Takpa kot noh. Semua orang pun boleh bayangkan Pai Epal ala2 McD...jom kita tengok resipi Pai Goreng Ala2 McD.
Sedap tau habaq hang...

Hah tudia yg zip terbuka pun ada...belasah ja lah. kita ni bukan pakar masak memasak pun
 tapi pakar makan makan...hehehe selamat mencuba.

 
Bahan-bahan:
2 cawan Tepung gandum
½ cawan Margarine
1 sudu teh Garam
½ cawan Air sejuk
4 biji Epal besar
1/2 cawan Gula
½ sudu teh Serbuk kayu manis
1 sudu besar tepung gandum
Minyak masak utk menggoreng

Cara2nya :
1. Buang kulit dan potong dadu. Masukkan epal yang telah dipotong dengan gula dan serbuk kayu manis di dalam periuk. Panaskan atas api sederhana masak hingga epal lembut masukkan sesudu tepung yg di bancuh dgn sedikit air dan masak hingga menjadi sos epal yang pekat. Tutup api dan sejukkan.
2. Ayak tepung dan masukkan margarine ke dalam campuran tepung dan garam...gaul hingga menjadi seperti serbuk roti.Masukkan air sedikit demi sedikit sambil adunan digaul hingga menjadi doh.
3. Gelek adunan di atas permukaan yang telah ditabur tepung...buat ikut kreativiti anda..nk bulat atau 4 segi.
Letakkan 1 sudu adunan epal pada bahagian tengah setiap kepingan doh. Lembapkan bahagian tepi sekeliling kepingan doh dengan air.
4. Lipat kepingan doh tersebut dan picit-picit bahagian tepi dengan jari untuk mengelakkan isi terkeluar dan tekan menggunakan hujung garpu untuk kelim.
5. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng pai sehingga masak dan coklat keemasan.. Balik-balikkan pai untuk mendapat warna yang cantik.
6. Ok dah siap Pai kita jom makan...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

6 ulasan:

  1. mcm nk bt karipap ek kak tp isinyer epal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu Dana...mcm karipap. mesti cuba...anak bongsu ni nak makan banyak..

      Padam
  2. suka epal + cinnamon...good combination..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap Nohas...kalau beli 2-3 ketul ja...buat sendiri makan puas sikit.

      Padam
  3. Ingat nak try jugaklah resipi tu... kalau dah jadi nanti saya beritahu dan tayang gambar kat blog saya ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok Sweetie...mesti cuba tau...kalau ada ramai kat rumah seronok memasak...sekejp ja habis

      Padam