Assalamualaikum
Hari ini saya nak share resipi yang mudah dan ringkas, tapi susah nak dapat ni bahan ni...kena import dari Sarawak iaitu buah dabai. Abang ke3 saya tinggal kat sana dan berkahwin orang sana...dia dah pun menjadi orang Sarawak bukan orang semenanjung lagi..waktu dia balik bercuti buah dabai semesti kena bawa balik selain dari ikan terubuk masin. Dekat rumah saya sentiasa ada...tah2 depa kat sana pun tak ada simpan buah dabai...hahaha. anak saya siap pesan 'jangan masak banyak sangat buah dabai..satgi habis'
Bahannya...
3 mangkuk nasi
10 biji cili api (di tumbuk jangan hancur sgt)
3 ulas bawang putih
2 sudu besar buah dabai ( ditumbuk)
Mix vegi
2 pelepah kobis cina
garam secukup rasa
telur (goreng mata kerbau)
Caranya...
1. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak...pastu tumis bawang putih dan cili api, biar garing sedikit masukkan buah dabai kacau sebati...hingga naik bau.
2. Masukkan nasi, sayur dan garam..kacau2 hingga masak.
3. Hiaskan dgn telur mata kerbau atau ayam goreng ka..
4. Siap untuk di makan..mudahkan

Gambar carian google.
kalau saya tanak sayur..sbb tak makan sayur..=)
BalasPadamMacam budak2 pulak ujang ni...tak makan sayur. Anak2 kak sarah semua makan sayur...mesti ajar zafirah makan sayur.
PadamOh... macam kurma buah dabai ni ye Sarah. Apa rasa dia? Nasi jadi pedas atau ada special aroma bila digoreng dgn nasi..
BalasPadamKakak tak pernah jumpa dan tak pernah tahu walaupun hubby kakak kerap juga outstation ke S'wak..
Saya pun dah lupa rasanya kalau buah yang fresh..sebab yg abang bwa balik tu dah dah di buat jeruk sebab tu tahan lama.
PadamRasanya masin dan masam sikit...tu kena letak cili api bagi dia pedas sikit..dia ada aroma yg membuka selera..cuba try