Nuffnang

Jumaat, 27 Disember 2013

Jus Mulbery...masam2 manis

Assalamualaikum...
Hari nak tayang jus mulbery yg mak tanam tepi rumah...nak jadi cerita masa sedang memetik buah mulbery ni, mata ni tak tengok betul2...dok geram dkt buah dah nak hitam2 tu..baru nak sua tangan ternampak ular lidi..terkejut la terjerit2 ulaq2...En Suami yg berada berdekatan kat situ pun bersuara..'dah tau ada ulaq awat tak lari'...nasib baik ulaq kecik kalau besaq dah kena telan...heran pulak saya pasai pa tak lari masa tu...tapi ular tu yang lari..dia pun terkejut kat kita yg terjerit2 kot..masa tu tak berani nak kutip buah dah...dok ketaq tak habis lagi. En Suami yg tolong ambil.. 



Dapat juga 1 jag jus mulbery....Blend buah mulbery dan tapis, campurkan gula secukup rasa, secubit garam dan sebiji jus limau kasturi...siap utk di minum, tak payah tambah pewarna pun..warna merah asli.

Khamis, 26 Disember 2013

Kesunyian..

Assalamualaikum...
Rindu dkt budak comey ni...dah balik ke langkawi..





Isnin, 23 Disember 2013

Pasembur Cik Jah

Assalamualaikum...
Sabtu lepas pagi2 dah keluar bersama Encik Suami...kami berdua sarapan kat luar, pekena roti canai dan kopi tarik pastu bungkus 8 biji roti canai utk anak2 kat rumah. Nak habaq ni...roti kat kedai tu masih 80sen sebiji, Alhamdulillah masih ada kedai yg jual murah, kopi tarik rm1.20...roti 12biji + kopi tarik 2 gelas semua rm12.00....pastu pergi econsave ternampak sengkuang, timun dan tauhu..teringat pasembur...
Pasembur saya simpel saja...ada timun, sengkuang, taugeh, cucur udang, tauhu keras dan daging salai...

Tudia..bila dah di gaul dgn kuah kacang...boleh lah untuk lepaskan kempunan nak makan pasembur..terlupa pula telur rebus tak masuk...ini kes nak jimat kos la tu..

Khamis, 19 Disember 2013

Segmen 12 Jam Bloglist #6 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 19 Disember 2013, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #6 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2013.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Segmen: Saya sayang blog saya

Assalamualaikum..
Jom sertai segmen i love my blog


Rabu, 18 Disember 2013

Nasi Lemak WW # 17

Assalamualaikum..
Pagi ni saya masak nasi lemak dan ayam masak merah..tapau 2 bekas untuk kami berdua...
Masak siap2 untuk tetamu yang ada di rumah...sila makan jangan malu dan segan..
tuan rumah kena pergi kerja....huhuhu



Isnin, 16 Disember 2013

Kunjungan orang jauh..

Assalamualaikum...
Musim cuti tak habis lagi...kami sekeluarga dikunjungi adik saya dari Langkawi dan abang saya dari sarawak..Gambar yg saya siarkan adalah anak menakan yang paling bongsu dlm keluarga kami...
Rumah saya ni dah jadi headquarters...kalau raya atau kenduri kendara semua adik beradik berkumpul kat sini.. rumah mak dan arwah ayah ni... kami yg tinggal skrg kat sini.






Sukalah snap gambar Arisha...comel dan geram nk cubit2...hahha suka hati nak cubit anak org...

Khamis, 12 Disember 2013

Muzium Kota Kuala Kedah

Assalamualaikum...
Cerita semalam belum habis lagi....kami sampai di jeti Kuala Kedah pk 10.15 pagi. Nak ambil tiket pk 10.45 dah habis di jual, terpaksa lah ambil tiket pk 12.00..tu pun no 207....masa panjang lagi jadi kami ronda2 dkt sekitar pekan Kuala Kedah...Ternampak signbord Muzium Kota Kuala Kedah. En suami pun pusing kereta ikut arahan petunjuk jalan...Sampai la kami kat tempat ni..






Sebenarnya saya tak masuk pun kat dalam muzium tu...snap gambar sekitarnya saja..tempatnya sunyi tapi di jaga rapi...pengunjung tak ramai tak tau masuk kena bayar atau tidak...teruk betui makcik ni..hehehe sebenarnya takut leka kat situ terlepas feri pulak...baru la kalut.

Rabu, 11 Disember 2013

Khamis, 5 Disember 2013

Mini GA KakNi Edisi Tupperware

Assalamualaikum..
Jom kita sertai Mini GA Kakni Edisi Tupperware




Syarat-syarat penyertaan:

1. Terbuka kepada blogger yang ada alamat di Malaysia sahaja.
2. Anda mestilah follower blog kakni; goncar.blogspot.com
*UPDATE* 3. Like FB page KakNi; KakNi Shoppe (preferable) atau pd yg tiada FB, FOLLOW blog Kakni Shoppe di goncar-mall.blogspot.com
4. Letakkan banner di atas di dalam entry penyertaan anda
5. Letak tajuk Mini GA KakNi Edisi Tupperware di dalam entry penyertaan anda
6. Letak link entry penyertaan anda di ruangan komen entry ini
7. Tempoh penyertaan GA: 28/11/2013 hingga 6/12/2013

Hadiah Mini GA KakNi Edisi Tupperware ialah:
No. (1) Dua unit One Touch Bowl 600ml warna kuning, No. (2) Dua  unit One Touch Bowl 600ml warna oren, No. (3) Satu kotak Natures Enhancement Gift Set, Kandungan: Citrus Bilberry Shower Gel 60ml, Ginger Shower Gel 60ml & Petal Soft Body Gel 60ml, No. (4) Satu unit Tupperware Eco Bottle 750ml dan No. (5) Satu kotak Tupperware Sos Serbaguna Oriental

Ok semoga berjaya..

Rabu, 4 Disember 2013

WW # 15

Assalamualaikum....
Lama tak bersiaran kat sini...sibuk sikit sekarang ni, maklumlah dah hujung tahun. Rasa sekejap saja dah nk masuk tahun baru...apa2 pun layan gambar ni...tak habis2 cerita pasai makan...
 Semalam En Suami dan anak2 makan nasi lemak..tapi saya makan ni saja bihun PAMA.
Yong Tau Foo beli dkt pasar malam....sedap.