Nuffnang

Rabu, 30 Oktober 2013

Wordless Wednesday # 10

Assalamualaikum...
Roti canai banjir dan nescafe panas sarapan pagi ini...2 keping roti canai Rm1.60 dan
 nescafe free sebab bancuh dkt tempat kerja (company sediakan utk pekerja)
jemput makan...



Selasa, 29 Oktober 2013

Makaroni Bakar Anak Dara Pak Non

Assalamualaikum....
Cerita pasai makan tak habis lagi...hariraya aritu..kali ni nak share gambar Makaroni bakar.. sebelum tu buat tak letak cheese..kali ini hah..baru takdak orang nak komplen lagi...Yang ni anak dara saya yang masak...Alhamdulillah lulus dah boleh kawin...hehehe...(muda lagi) dan dapat pujian dari abahnya...

Bahan A
300gm Makaroni
Cheese Mozarella untuk Taburan

Bahan B utk Sos Daging
4 keping daging burger di hancurkan
2 senduk cili kisar
1 labu bawang besar Holland – dipotong dadu
2 ulas bawang putih – dicincang
1 biji capsicum hijau – dipotong dadu
2 sudu besar minyak masak utk menumis
Sedikit oregano dan mixed spices
Garam dan gula secukup rasa
3 biji telur (dipukul sedikit)
1 sudu besar mayonis

Bahan utk Sos Cheese
125gm Cheese Cheddar
300gm susu segar
150gm air
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar butter
2 sudu besar lada hitam – ditumbuk kasar

Cara2nya :
1. Panaskan air, sedikit minyak dan garam hingga mendidih. Masukkan macaroni dan rebus hingga empuk. Angkat dan toskan
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi. Masukkan cili kisar...masak hingga pecah minyak. Masukkan daging kacau sebati, masukkan capsicum, garam, oregano dan masak lagi hingga pekat dan masukkan mayonis kacau. Padamkan api masukkan macaroni dan gaul rata. Masukkan telur yg dipukul sedikit. Kacau sebati.
3.   Untuk Sos cheese, panaskan butter hingga cair. Masukkan tepung gandum dan kacau hingga tepung tidak bergentel. Masukkan cheese dan kacau hingga likat. Jangan bagi hangus. Kecilkan api masukkan susu segar dan air. Masak hingga pekat dan berkilat. Masukkan lada hitam kacau dan angkat.
4. Macaroni yg telah digaul dengan sos daging tadi dimasukkan kedalam loyang (sapa planta sikit) dan lapiskan dengan sos cheese. Mulakan dengan macaroni di ikuti dengan sos cheese. Ulang sehingga menjadi beberapa lapisan dan pastikan atas sekali ialah sos cheese.
5. Tabur keju mozzarella menutupi permukaan sos cheese. Bakar dengan suhu 180C selama 45 minit sehingga Nampak sos cheese menggelegak dan permukaannya perang.
6. Sejukkan dan siap untuk dihidang ngan sos cili..
Selamat mencuba..


Isnin, 28 Oktober 2013

Selamat Hari Lahir Muhammad Lutfi

Assalamualaikum..
Hari ini adalah hari lahir anak sulung saya...Muhammad Lutfi Zainol.
Dia adalah satu2nya anak lelaki dalam keluaga kami..Dah besar sekarang anakku,
semoga menjadi anak yg soleh dan dapat memimpin adik2nya..
semoga apa yg di lakukan mendapat keberkatan dari Allah Taala..Amin....
Dua hari berturut2 ni N3 sambut hari lahir anak2...




Ahad, 27 Oktober 2013

Selamat Hari Lahir Nur Khairina

Assalamualaikum...
Hari ini adalah hari lahir anak saya yg ke3...Nur Khairina Zainol.
Semoga menjadi anak yang solehah dan di berkati Allah....




Khamis, 24 Oktober 2013

Fettucine carbonara

Assalamualaikum...
Fettucine carbonara betui ka tidak saya pun tak tau....anak dara saya yang masak...tak pernah makan benda macam ni...rasa lemak2 macam tu...En suami minta cabai potong...tak pedas mana nak best..bedal saja la...saya pulak tambah sos cili....anak2 kata ` abah ngan mama merepek '...hahaha jom kita tengok resipinya...ini hasil dari interview yg saya buat dari anak kesayangan...anak2 yg lain pun sayang jugak...




Bahan2nya..
  • 500 gm pasta fettuccine
  • 2 sudu makan minyak masak
  • isi ayam ( ambil dkt dada) 
  • 1 cawan susu segar
  • 10 biji cendawan butang (dipotong nipis)
  • *1 biji capsicum merah
  • *1 biji capsicum hijau
  • *1 biji capsicum kuning
  • * 2 biji tomato
  • * 1 labu bawang besar (* dipotong dadu)
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 2 suduk kecil serbuk oregano
  • 125 gm keju Cheddar (dipotong halus) (saya guna cheese keping)  
  • 30 gm daun parsley (dicincang halus)
  • garam secukup rasa
Cara-Caranya..
  1. Masak air secukupnya di dalam periuk dan bila mendidih masukkan garam, minyak sedikit dan fettuccine, masak hingga lembut . Toskan dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan isi ayam, tomato, cendawan butang dan susu segar. Kacau rata.
  4. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk oregano dan garam. Kacau rata lg.
  5. Masukkan keju Cheddar, kesemua capsicum dan masak hingga kuah pekat.
  6. Tuangkan ke atas fettuccine dan taburkan daun parsli.
  7. Sedia dihidangkan.

Rabu, 23 Oktober 2013

Wordless Wednesday # 9

Assalamualaikum...
Pagi ini saya macam beteri yg di cas full...apa tidaknya...hah tudia pekena nasi putih, sambal petai dan telur dadar...kenyang sampai ke tengahari...

Selasa, 22 Oktober 2013

Resipi Ayam Panggang Rosemary Cik Jah

Assalamualikum...
Hari ini saya masukkan resipi ayam panggang rosemary..harap kawan2 dapat mencuba resipi ni...resipi saya ni tak susah sangat...ni yang di katakan hamtam saja...kita yg buat bukan dia buat kita kan,betul dak..
Tak perlu sos..sebab ayam tu dah pedas...mau tidaknya omputih tak bubuh cili padi..tapi saya bubuh cili..hehe..sempoi...jom kita tengok resipi cik jah..

 Ini la rosemary dan oregano yg saya pakai dalam masakan tu..




Bahan2nya...
1 ekor ayam -di belah 2
5-6 ulas bawang putih *
1 biji bawang besar *
1 inci halia *
10 tangkai cili api *
1 sudu besar daun rosemary kering
1 sudu besar oregano
1 sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
2 sudu besar jus limau
3 sudu besar  minyak  masak
3 biji kentang
1 pokok brokoli di potong kecil
1 camca serbuk kunyit


Cara penyediaan
1. Ayam dibersihkan dan cucuk2 ayam tadi dgn garpu (supaya bahan perapan mesra ke dlm isi) Gaulkan ayam dgn serbuk kunyit, garam dan perah jus limau gaul rata..
2. Blend bahan bertanda * dan kemudian gaulkan bersama ayam tadi...masukkan gula, rosemary, oregano dan lada gaul rata...perap selama 1 jam atau lebih.
3. Masukkan ke dalam magic pan tuangkan sedikit minyak bakar selama 15 minit dan di alih sebelah lagi 15 minit...Sediakan loyang...masukkan ayam kedalam loyang bakar kedalam oven supaya ayam kering sedikit...lebih kurang 20 minit lagi suhu 190c..guna api atas dan bawah...utk keringkan ayam.
4. Di dalam magic pan...ada lebihan bahan bakar ayam tadi, masukkan brokoli masak hingga layu sedikit dan angkat.
5. Kentang di belah 4 dan gaul dengan lebihan perapan ayam tadi...masukkan dalam magic pan dan masukkan sedikit minyak...kemudian bakar sampai kentang empuk..
6. Siap dihidangkan....
Selamat mencuba...

p/s..di sini saya cerita ada kentang..tapi tak masuk gambarnya...sebenarnya kentang saya hangus..malaih nak nak ambik gambar...dok harap anak2 tengok jadi macam tu la..huhuhu


Jumaat, 18 Oktober 2013

Ayam Panggang Rosemary

Assalamualaikum....
Mai kita nak cerita sikit...juadah hari raya. Saya buat ayam panggang rosemary....resipinya pakai hantam saja..apa yg rasa nak bubuh, saya bubuh..tapi rasanya ok juga lah..sekor ayam muat2 dalam magic pan tu...tu yang sempoi. Tak payah masak banyak kali..sedaih naik saja..



Yang ni saya bakar sebentar dlm oven...bagi kering sedikit..
Siap di hidangkan..bersama brokoli yg goreng bersama lebihan perapan ayam...sedap..

Khamis, 17 Oktober 2013

Chili Baked Potatoes

Asalamualaikum..
Dah beberapa hari tak update blog...hari ini berkesempatan meng'update blog ni...saya nak share cerita raya haji kali ni..anak dara saya yg bercuti selama seminggu..amat bahagianya dapat mengantikan tempat ibunya memasak...sukanya boleh juga rehat sikit...Dia masak apa nama tah..kentang bakar bercili...





Selasa, 8 Oktober 2013

Kuih Siput

Assalamualaikum...
Kemarin balik dari kerja saya buat yang ni la....tapi ni bukan untuk makan hari raya haji punya..buat pun tak banyak, yg dlm gambar tu ja...atas permintaan En Suami...dia kata `rasa nak makan tepung goreng yg rangup dan pedas2 sikit'....dalam hati pun berkata kuih siput la kot....resipi ni saya ambil dari internet jgk la..




Bahan-Bahannya :-)
500 g tepung gandum
100 - 120 ml air (lebih kurang)
1 biji telur
1 1/2 camca besar jintan manis, cuci dan toskan
2 camca besar planta
1/2 cawan minyak masak
1 camca besar gula
Garam secukup rasa

Bahan Kisar :-)
5 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 camca teh jintan manis
1/4 cawan udang kering, rendam 10 minit dan toskan
2 sudu besar cili kisar
Daun kari

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukan margerine dan biar cair. Tumis bahan2 kisar hingga terbit minyak, masukkan gula dan sedikit garam gaul rata dan masak sekejap, gunakan api perlahan. Sementara itu ayak tepung dalam satu bekas, masukkan jintan manis. Pecahkan telur, kacau sedikit dan masukkan ke dalam tepung, gaul rata.
  2. Angkat bahan kisar yang telah ditumis tadi dan tuang ke dalam tepung, gaul rata dan tambah air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Rehatkan sebentar...boleh lah menyiputkannya..sedia talam tuangkan sedikit minyak supaya siput kita tak melekat.
  3. Panaskan minyak untuk goreng terendam dalam kuali..masukkan siput dn bila hampir masak masukkan daun kari , Angkat dan toskan minyak.
  4. Biar betul2 sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara....
  5. Ok selamat mencuba...

Jumaat, 4 Oktober 2013

Roti Bakar

Assalamualaikum.....
Kalut pi kalut mai...dah masuk hari jumaat, hari yg paling bahagia...agak2nya semua orang menanti hari ini...sebab esok cuti.... Kalau yang bekerja shif tu sorry jangan marah...Ok cik jah jangan dok merepek..sarapan pagi hari ni roti bakar dan kopi O saja...kalau malas jangan merungut..huhuhu

Khamis, 3 Oktober 2013

Mee goreng kicap

Assamualaikum....
Makan malam kami mee goreng kicap.....saya tak masak, tapi En Suami saya yg masak. Sekali sekala nak juga rehatkan dan nak rasa masakan orang pulak...bukan orang lain, tapi suami....best hehehe



Tengok tu sepinggan share 3 beranak...jimat pinggan atau malas nk menghidang..

Rabu, 2 Oktober 2013

Susu Lembu Segar

Assalamualaikum...
Semalam saya dan En Suami pergi pekena susu lembu segar terus dari ladang...nak tau pasai pa...pertama sekali sampai kat tempat tu, buka saja pintu kereta anda pasti terbau sesuatu...haha bau taik lembu. Tu yg dikatakan terus dari ladang...mula2 rasa kurang selesa jugak la, tapi En Suami saya buat pot ja...macam takda apa2..Nak minum susu lembu punya pasai tahan jugak la...lama2 hilang macam tu...hehehe

Susu campur dgn madu dan roti bakar... tengah malam tu 

Pastu oder lagi satu pasembur pulak...dalam keadaan hidung kembang kempis.

Selasa, 1 Oktober 2013

Roti Bombay

Assalamualaikum....
Semangat hari ni nak update blog...walaupun blog ini agak usang. Hari ini saya nak share satu resipi yang mudah dan ringkas. Resipi dari arwah mak mertua..Saya tanya En suami nama apa resipi ni...tau dia kata apa...Roti Bombay. Betui ka tidak saya pun tak tau...kadang2 tu En suami saya suka merepek2...Apa2 pun jom kita tengok resipinya... 




Sarapan pagi saya hari ini...Roti Bombay bersama nescafe panas.

Bahan2nya...
4 keping roti gardenia ( di potong )
1 biji telur ( di pukul sedikit )
3 ulas bawang putih ( di cincang )
1 camca besar planta
segengam taugeh
2 sudu besar cili sos

Caranya...
1. Panaskan kuali masukkan planta, masukkan bawang putih biar garing sedikit.masukkan roti dan kacau.
2. Masukkan Telur dan kacau supaya melekat pada semua roti. masak sampai nampak roti garing sedikit.
3. Masukkan cili sos, gaul rata..dan akhir sekali masukkan taugeh kacau... tutup api, ok dah siap
4. Boleh dihidangkan..selamat mencuba.

Dok kalut mengUpdate blog sampai lupa nak makan...time up