Nuffnang ads

Selasa, 29 Oktober 2013

Makaroni Bakar Anak Dara Pak Non

Assalamualaikum....
Cerita pasai makan tak habis lagi...hariraya aritu..kali ni nak share gambar Makaroni bakar.. sebelum tu buat tak letak cheese..kali ini hah..baru takdak orang nak komplen lagi...Yang ni anak dara saya yang masak...Alhamdulillah lulus dah boleh kawin...hehehe...(muda lagi) dan dapat pujian dari abahnya...

Bahan A
300gm Makaroni
Cheese Mozarella untuk Taburan

Bahan B utk Sos Daging
4 keping daging burger di hancurkan
2 senduk cili kisar
1 labu bawang besar Holland – dipotong dadu
2 ulas bawang putih – dicincang
1 biji capsicum hijau – dipotong dadu
2 sudu besar minyak masak utk menumis
Sedikit oregano dan mixed spices
Garam dan gula secukup rasa
3 biji telur (dipukul sedikit)
1 sudu besar mayonis

Bahan utk Sos Cheese
125gm Cheese Cheddar
300gm susu segar
150gm air
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar butter
2 sudu besar lada hitam – ditumbuk kasar

Cara2nya :
1. Panaskan air, sedikit minyak dan garam hingga mendidih. Masukkan macaroni dan rebus hingga empuk. Angkat dan toskan
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi. Masukkan cili kisar...masak hingga pecah minyak. Masukkan daging kacau sebati, masukkan capsicum, garam, oregano dan masak lagi hingga pekat dan masukkan mayonis kacau. Padamkan api masukkan macaroni dan gaul rata. Masukkan telur yg dipukul sedikit. Kacau sebati.
3.   Untuk Sos cheese, panaskan butter hingga cair. Masukkan tepung gandum dan kacau hingga tepung tidak bergentel. Masukkan cheese dan kacau hingga likat. Jangan bagi hangus. Kecilkan api masukkan susu segar dan air. Masak hingga pekat dan berkilat. Masukkan lada hitam kacau dan angkat.
4. Macaroni yg telah digaul dengan sos daging tadi dimasukkan kedalam loyang (sapa planta sikit) dan lapiskan dengan sos cheese. Mulakan dengan macaroni di ikuti dengan sos cheese. Ulang sehingga menjadi beberapa lapisan dan pastikan atas sekali ialah sos cheese.
5. Tabur keju mozzarella menutupi permukaan sos cheese. Bakar dengan suhu 180C selama 45 minit sehingga Nampak sos cheese menggelegak dan permukaannya perang.
6. Sejukkan dan siap untuk dihidang ngan sos cili..
Selamat mencuba..


6 ulasan:

  1. terasa rasa kat tekak ni ciznya yg mlinpah tu...sdapnya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bru belajr masak...klu bleh nk letak cheese byk2..kita dok tahan cukp2..tu..

      Padam
  2. sedapnya...baguslah, muda2 ni lah nak asah bakat memasak..keep up a good work..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih nohas...cita2 dia nk jdi chef...insha allah

      Padam
  3. Hebat ni masak macaroni..sya masak pun x jd cmni..terlebih ltak makaroni..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpa cuba lgi...kali kedua pasti menjadi...

      Padam