Nuffnang

Jumaat, 25 Ogos 2017

BUBUR KACANG HIJAU CAMPUR DURIAN

Assalamualaikum
Petang ni seperti yang di janjikan maka menjadi juga bubuq kacang hijau campur durian. Request dari mak bonda. Kadang2 dok janji nk buat tapi x jdi...sebb urat baloq timbui..hehehhe
Mak kata nak makan dgn roti kapal...jom kita minum petang


Jom kita belayaq ...kapal dah berlabuh tu

Tudia...makan sambil update blog...x sabaq cikjah ni paknon pun x merasa lgi.

HASIL TANAMAN TEPI RUMAH

Assalamualaikum...Salam jumaat 3 Zulhijjah
Sekejap ja dah masuk dah masuk Zulhijjah...sikit hri lgi dah nk sambut Muharram. Hari ni CikJah nak masak apa tah...kemarin harvest labu 2 bji, cili api, bunga kantan dan daun maman dah siap di buat jeruk..Mak Cikjah dah request nak makan bubur kacang hijau campur durian...dia kata nk mkn pula dgn roti kapal...nnt kita tengok jdi ka tidak. 

Utk pengetahuan..buah labu ni cuma berbuah 2 biji sja...Alhamdulillah



Daun Mamam



Taada...dah siap jeruk maman 2-3 hari bru boleh makan.
Nampak tak plastik blkg tu..kopi kampung power

Khamis, 24 Ogos 2017

UBI KAYU REBUS CICAH SAMBAL TUMIS

Assalamualaikum
Hujan2 mcm ni perut ni lapaq pulak...mkn ubi kayu rebuih dan sambal tumis sedap la jugak...kena pulak dgn kopi o...giler lah


Rabu, 23 Ogos 2017

WW 31

Assalamualaikum Dan Selamat Pagi

 Ceri Acerola atau Ceri Barbados
 Nenas Jambul atau Nenas Jantan

 Bunga Misai Kuching, Mulbery, Cekor, Daun Kari, Daun limau purut dan Limau nipis


 Tak tau apa nama jenis nenas ni berat 5.7kg
 Ubi Kayu
 Ayam Sabung 

 Pisang Emas
 Pisang Udang
 Bunga Labu Manis
Sayur Maman tumbuh melata tepi rumah..first time cikjah makan .

Selasa, 22 Ogos 2017

Kedah Vs Johor (Walimatul Urus)

 Assalamualaikum...Salam sejahtera 
Malam ni cikjah rajin sangat2..hah sampai pos 2 cerita kat sni..tdi kek pisang, ni nk tunjuk menantu pulak. Di sini ada beberapa keping gambar sekitar majlis perkahwinan anak lelaki cikjah..Walaupun majlis dh beberapa bulan berlalu, cikjah nk pos gambar kenangan ni untuk tatapan anak cucu.




Setelah selesai majlis anak2 kalut ajak bergambar...sebenarnya kami semua pakat2 letih, senyum pun x berapa nk manis. masam2 manis kelat gitu.


 Di apit oleh adik2 yg teruja sgt dpt kakak ipar


 Gambar ni masa hari pertunangan (7/5/16)


 Gambar ni pulak masa majlis kenduri sebelah pengantin perempuan..Di Johor Baharu


Gambar bersama bisan, selepas selesai akad nikah. Sebenarnya kmi kedua2 belah pihak, ini adalah majlis pertama..org first time. Menantu pertama..hehehe tu yang teruja sangat. Sikit hari lagi nk dapat cucu pulak...InshaAllah. org putih kata pa `tok abah and tokma to be' 

Isnin, 21 Ogos 2017

Kek Pisang

Assalamualaikum...selamat malam...Hari sabtu lepas, lepak saja kat rumah xdak kerja nak buat. Tengok pisang udang ranum sgt...teringat nk buat kek pisang. Tpi kek pisang cikjah kali ni mcm berat sikit lah x tau kenapa. Oven panas sgt kot..org kata masak terkejut...kek pun boleh terkejut apa tah lagi org kan ka..jgn dok buat main dgn benda panaih2 ni. Cikjah masih dok ingt lagi kejadian anak cikjah yg ke2 pegang oven...masa tu dia bru berumur setahun lebih. Haritu di kabarkan mak dan pak mentua  mai rumah. Cikjah ni teringin lah nk jamu mereka kuih bingka roti menantu mithali katakan..masa tu plak cikjah dok pregnant anak yg ke3. Masuk loyang bingka dlm oven..rebah2 badan nk rehat sat...mata baru nk terlelap terdengar anak menangis. Apa lagi bangkit kalut, tgk2 dia dh pegang oven sejak peristiwa tu cikjah mengharamkan oven tu sampai lah mereka besar...kalau nk tau dapur gas singer yg ada oven kat bawah tu...last sekali rosak mcm tu ja pastu jual dkt keling botoi timbang kilo. Frust punya pasai sampai x tau nak masak guna oven..tua2 la ni bru nk belajar balik..dng bantuan bloger2 kita yg handal memasak..jom kita tgk resipi kek pisang cikjah.

Bahan utk kek pisang.
2 cwn tepung gandum +2 sudu kecil baking soda (ayak)
4 biji telur
3 biji pisang udang (1 cwn)
1 cwn gula
1 cwn minyak masak
1 sudu kecil esen vanila
secubit garam

Cara2nya
Panaskan oven terlebih dahulu..Blend telur, gula dan minyak, masukkn esen vanila, pastu masukkn pisang blend sebati. Masukkan bahan yg di blend tadi ke dlm tepung tadi. Kacau sebati tuang ke dlm loyang boleh lah nak letak pisang potong di atas, bakar dlm oven lebih kurang 45 minit dlm suhu 175c atau sampai masak...dah masak boleh di makan...hasben cikjah suka kek panas2.

Sabtu, 19 Ogos 2017

CUCUR VIRAL VERSI PEDAS

Assalamualaikum...selamat tengahari sahabat maya ku...buat lagi cucuq viral. kali ni versi pedas...cucuq ni dah banyak hri buat..dh lama dlm inbox cuma lmbat post sja.



Bahan mcm biasa..2 cwn tepung dan2 cwn air panas.
Kali ni cikjah tambah 1 labu bwg besar (potong dadu) 1/2 cwn ikan bilis cincang halus, 10-15 bji cili api potong halus, 5 tangkai daun kari potong halus, garam dan gula seckup rasa.
Campur semua bahan dan tuang air panas..gaul sebati. bulat2kn pastu grg.

Sabtu, 5 Ogos 2017

CUCUR MANIS VIRAL

Assalamualaikum...selamat petang sahabat sekalian, pagi tadi cikjah masak cucuq yg sedang hangat viral di fb..cucuq manis. Kawan2 dlm group wasap pun pakat post gmbaq cucuq ni. Cikjah pun x ketinggalan nak post jgk. Macam2 noh skrg ni...dulu tu mak cikjah pun pernah buat..kmi adik beradik pakat makan ramai2 mcm2 bentuk dok ada. Masa tu rumah pun xdak karan lagi pakai pelita minyak gaih a.k.a minyak tanah..mandi pun ayaq telaga. Nostalgia betui lah ada sapa2 yg pernah merasainya..boleh lah share kat sni...jom kita tengok resipi yg mudah sangat2 ni.
Bahannya :
2 cwn tepung gandum
2 cwn air panas
3 sudu mkn gula
secubit garam

Cara2nya :
Masukkan tepung, gula dan garam ke dlm bekas, tuang air panas dan gaul sebati. Pastu bulat2kan adunan tdi. Sapu sedikit minyak di tangan supaya doh x melekat. Setelah siap boleh lah di goreng. Masak sampai kuning keemasan. Dah siap boleh lah di hidang kan dgn sos cili, sambal tumis atau kari.
Kalau x mau manis kita boleh boh ikan bilis ka sayuran ka..apa2 pun boleh janji sedap.
Ok selamat mencuba.

Jumaat, 4 Ogos 2017

ROTI ARAB BERINTI

Assalamualaikum...Salam jumaat buat semua. Hri ni cikjah terlebih rajin update blog..semangat2 yes yes...kita nak share resipi roti arab berinti (Pak Arab pun x pernah buat..kalau dia tau mesti marah ni sbb derhaka) sorry cikjah merapu ja...roti arab ni bkn hri ni buat tau. Dah banyak hari buat roti pun dh habis tinggal gambar sja..kot sapa2 nak try buat boleh lah semak resipi di bawah..dlm insta dah lama upload...jom kita tgk resipi bahan apa yg perlu

INTI KENTANG +SARDIN
Bahan2nya
5 bji kentang (potong dadu rebus smpai empuk)
1 tin sardin(asingkan kuah)
1 batang karot(potong dadu)
1 bji bawang besar(potong dadu)
3 ulas bawang putih(cincang)
2 tangkai daun kari
1 senduk cili giling
1 biji limau kasturi
garam dan gula secukup rasa

Cara2nya
Panaskan kuali tuangkan sedikit minyak..tumis bawang, daun kari hingga agak layu. Masukkn cili giling masak hingga pecah minyak. Masukkn karot kacau sebentar dan masukkn ikan sardin. Hancur2 sardin dgn senduk kacau rata. Masukkn kentang yg telah di rebus tdi dan perasakan garam dan gula. Masak hingga kering dan akhri sekali perahkan sebiji limau kasturi. Ok siap inti kita. 
Kuah kita buang..sbb nnt bau sardin kuat sgt.



ROTI ARAB
Bahan2nya
4 cwn tepung gandum +1 sudu kecil baking powder(ayak)
1/2 cwn minyak masak
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis
secubit garam
2 sudu kecil yis (mauripan)*
1 sudu besar gula*
100ml air suam*
(campur bahan bertanda* dlm gelas biar berbuih)

Cara2nya
Masukkan tepung ke dlm bekas dan tuangkan sedikit air panas ke dlm tepung..agak2 1/2 cwn.
Masukkn semua bahan uli sampai adunan x melekat di tangan kalau adunan keras tambah sedikit air.
Rehatkan adunan selama sejam atau naik 2x ganda.
Setelah adunan naik uli sekali lagi dan bulat2kan cikjah buat 16 ketui..pastu boleh letak inti.
Rehat sebentar boleh la di bakar di atas pan..boleh tambahkan planta semasa  membakar roti.
Ok balik2kan biar masak sekata..ok siap masak 
Selamat mencuba..sekian 

Khamis, 3 Ogos 2017

Salam Rindu Sahabat Mayaku..sayang sayang i am me

Assalamualaikum..
Selamat bertemu kembali setelah sekian lama menyepikn diri..hehehe mcm orang bawa diri ja ni..buat teruk pulak cikjah ni. Lupa lah lama tak update blog..smpaikan tak kenai tuan dia dah. Tak dak apa yang menarik yg nak di kongsikan di sini..Nak bagitau skrg cikjah dah jdi ibu mertua hah nmpk mcm garang dak..dah dpt satu pangkat, sikit hari lagi naik lagi satu pangkat..nnt lah cikjah perkenalkan menantu dan anak2 cikjah yg dah kian membesar...first upload gmbr bunga labu manis yg di tanam sekitar rumah...#kebunpaknon (mytokdarling) hehehe...cikjah tumpang sekaki..cerita sedih yg sebenarnya..kalau mengikut dlm gamabr di bawah putik2 labu manis nampak subur sihat..tapi malang sekali ia gugur sebelum membesar..huhuhu..yg cikjah nampak cuma 2 biji sahaja yg lekat..harap2 ada lgi rezeki kami...





Buah asam gelugor...dari dusun ada pun sepokok ja cikjah potong dan jemur buat asam keping mau tahan setahun ni..hhehe. Nak beli pun mahal juga. Baru2 cikjah beli asam keping di pasar sepiring rm5..ada kot sejemput. Sakit jgk la..dah nk buat laska terpaksa beli jgk..kesian
Apa2 barang skrg ni semua mahal...Musim durian kali ni tak menjadi sgt takat boleh makan ja..malas nk upload buah durian...buah kurang x boleh nak promosi lebih2 nnt pakat tanya pulak. Cikjah ni banyak nk cerita tapi mata ni nak terkatup pulak...lain kali kita sembang2 lagi.