Nuffnang ads

Selasa, 8 Oktober 2013

Kuih Siput

Assalamualaikum...
Kemarin balik dari kerja saya buat yang ni la....tapi ni bukan untuk makan hari raya haji punya..buat pun tak banyak, yg dlm gambar tu ja...atas permintaan En Suami...dia kata `rasa nak makan tepung goreng yg rangup dan pedas2 sikit'....dalam hati pun berkata kuih siput la kot....resipi ni saya ambil dari internet jgk la..




Bahan-Bahannya :-)
500 g tepung gandum
100 - 120 ml air (lebih kurang)
1 biji telur
1 1/2 camca besar jintan manis, cuci dan toskan
2 camca besar planta
1/2 cawan minyak masak
1 camca besar gula
Garam secukup rasa

Bahan Kisar :-)
5 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 camca teh jintan manis
1/4 cawan udang kering, rendam 10 minit dan toskan
2 sudu besar cili kisar
Daun kari

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukan margerine dan biar cair. Tumis bahan2 kisar hingga terbit minyak, masukkan gula dan sedikit garam gaul rata dan masak sekejap, gunakan api perlahan. Sementara itu ayak tepung dalam satu bekas, masukkan jintan manis. Pecahkan telur, kacau sedikit dan masukkan ke dalam tepung, gaul rata.
  2. Angkat bahan kisar yang telah ditumis tadi dan tuang ke dalam tepung, gaul rata dan tambah air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Rehatkan sebentar...boleh lah menyiputkannya..sedia talam tuangkan sedikit minyak supaya siput kita tak melekat.
  3. Panaskan minyak untuk goreng terendam dalam kuali..masukkan siput dn bila hampir masak masukkan daun kari , Angkat dan toskan minyak.
  4. Biar betul2 sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara....
  5. Ok selamat mencuba...

2 ulasan:

  1. Kuih siput hari raya hari itu rumah kakak masih ada lagi. Budak-budak mengaji yg tolong makankanlah ada sikit lagi. Letak ikan bilis kecik-kecik goreng rangup campurkan pun ok Sarah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kat rumah sekejap ja habis...ramai anak2 saudara balik ke rumah maktok..

      Padam