Nuffnang ads

Rabu, 22 Januari 2014

Khamis, 16 Januari 2014

1st Mini Giveaway By Ainim Rashihah

Buat pertama kalinya, blog ini menganjurkan giveaway sempena menghargai para pengikut dan juga pembaca blog Ainim Rashihah. Sebagai salah satu usaha untuk menghargai sokongan kalian semua, Ainim nak adakan giveaway pertama blog ini.


Semua orang boleh sertai giveaway ini, tapi kenalah ikut syarat-syarat berikut:

1. Follow blog Ainim Rashihah, Add To Circle Google+ Ainimsuju, Follow Twitter Ainimsuju dan Like Fanpage Blog Ainim Rashihah
2. Buat satu entri bertajuk 1st Mini Giveaway by Ainim Rashihah
3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
4. Tinggalkan URL entri kalian ke dalam ruangan komen ini.
5. Tarikh tamat giveaway ini ialah pada 30 Januari 2014.

Pemenang akan diumum pada 6 Februari 2014 dan pemilihan pemenang adalah melalui random.org

Selasa, 14 Januari 2014

Masak lemak ketam dgn terung dayak

Assalamualaikum...Salam Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1435H
Rasa banyak hari tak N3...nak kata sibuk tak la sibuk sangat...anak yg bersekolah sorang saja tinggal kat rumah yg lain tinggal kat asrama...ni mesti virus pemalas ni. Hari saya nak syer resipi ketam masak lemak cmpur terung dayak...sebenarnya dah lama dlm inbox tak sempat nak pos kat blog..masa abang saya balik dari sarawak haritu dia juga bawa buah terung dayak ni...dah nak kecut simpan dalam peti ais....mai kita tengok resipi, resipi ni orang lain pun tahu jgk nak buat.. kot2 berlain sedikit... 

Ini dia buah terung dayak yg di import dari sarawak


Bahan2nya..
4 ekor ketam bunga
2 biji terung dayak di buang kulit dan potong 8
2 batang serai, di ketuk
2 helai daun kunyit
1 liter santan
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar.. 
25 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 in lengkuas

 Cara2nya..
  1. Ketam dibersihkan,Kerat 2 setiap seekor. Cuci bersih, tos dan masukkan ke dalam periuk.
  2. Masukkan serai  dan bahan2 kisar dan asam gelugor. kemudian masukkan terung.
  3. Kacau rata dan masak hingga mendidih. masukkan santan kacau perlahan.Biar mendidih dan ketam berubah warna,
  4. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api sederana.
  5. Akhir sekali masukkan daun kunyit..Ok dah siap masak lemak ketam dng terung dayak..
  6. Selamat menjamu selera...makan dgn nasi panas2..fuh meletop.

Rabu, 8 Januari 2014

WW # 18

Assalamualaikum..
Hobi baru En Suami...haritu ayam serama sekarang burung pulak..



Sepasang Sun Conure...yg oren+kuning tu betina nama bara-bara dan yang jantan tu hijau+oren namanya bere-bere... 

Selasa, 7 Januari 2014

Tortilla Wraps

Assalamualaikum..
Mood n3 dh datang...hari ni saya nk kongsi resipi mudah dan berkhasiat...mai kita tengok

bahannya...timun jepun, tomato, bawang holland dan daun salad..disitu juga ada kepingan dada ayam yg di perap dgn serbuk lada hitam,garam,kunyit dan sedikit oregano...pastu bakar
susun mcm ni..lekat di atas tortilla..sosnya saya letak, sos cili, sos lada hitam, mayonis dan
sos thousand island
pastu gulungkan ia macam di atas tu...dah boleh ngap..
Ini lah tortilla yg saya pakai...ni kes malas nk menguli.

Sabtu, 4 Januari 2014

Pulut jagung dan durian

Assalamualaikum..
Sekarang ni kan musim durian...saya masak pulut campur jagung untuk makan dgn durian...alhamdulillah musim kali durian menjadi jgk la..


Ni baru permulaannya....mkn 2 biji dulu.

c
Tudia...buah ni pokok dia luruh awai..
Lemak berkrim sedap kalau  makan dgn pulut..

Khamis, 2 Januari 2014

Ole-ole dari Sarawak (cerita dec 2013)

Assalamualaikum...
Banyak hari n3....line tenet slow sangat tu yang malas. Ole-ole dari sarawak haritu..lama duduk dlm inbox...org sarawak dah balik lama dah...
Rempah laksa sarawak...belum masak lgi, tggu ramai balik ke rumah bru boleh buat..
Kek lapis sarawak..tinggal dua ketoi lagi..simpan dalam peti ais tahan setahun..merepek ja
Buah dabai segar dari ladang...boleh masak nasi goreng atau bilisgoreng...sedap
Paling pemes...ikan terubuk masin sarawak.
Telur goreng dabai...makan dgn nasi panas2..meletop. org sarawak tak buat mcm ni...