Nuffnang ads

Khamis, 2 April 2015

Cream Puff

Assalamualaikum...
Salam sejahtera sahabat maya sekalian...kali ini nak share resipi kuih yg kat bawah tu...Cream Puff yang agak hodoh tapi sedap....jangan pandang pada rupa tau...terasa lembut dan manis bila  gigitan pertama tu terus jatuh cinta...first time buat nih.
tudia masuk bakul angkat sendiri ni...hehehe.


Tak boleh terima nih...En Suami makan dgn sambal sardin..tak sedap ka krim kastad saya..hhuhhu
 

Utk Krim Kastad..
Bahan-bahan
1 sdb tepung gandum
1 sdb tepung custard
200ml susu segar
4 sdb gula pasir
1 biji telur saiz A
1 sdb marjerin/butter
1/2 sdt esen vanilla


Cara2nya..
1. Satukan tepung gandum, tepung castard dan 2 sdb susu dalam periuk. Kacau rata hingga tak berketul
2. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla, kacau rata lagi.
3. Selepas itu, masukkan kesemua baki susu segar dan gula, masak atas api perlahan sehingga pekat. Sentiasa kacau untuk mendapatkan custard yang licin.
4. Tutup api dan masukkan butter. Kacau rata.
5. Masukkan custard ke dalam pipping bag dan sedia di paipkan ke dalam cream puff


Utk Cream Puff
Bahan-bahan
1 cwn tepung gandum -125gm
1 cawan air - 200ml
1/2 cwn butter - 100gm
4 biji telur (saiz C) bersamaan = 200ml telur dipukul sebati
1 sdt esen vanilla
1 sdb gula
secubit garam

Cara penyediannya
1. Mula sekali panaskan oven dahulu pada suhu 200'c. Satukan air & butter dalam periuk, masak hingga butter cair
2. Kemudian masukkan gula dan garam kacau rata.
3. Dengan menggunakan api kecil, masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu hingga adunan menjadi kental dan tidak melekat kat periuk.
4. Tutup api. Biarkan adunan sebentar bagi sejuk sikit..kalau adunan panas masak telur nanti.
5. Baru lah masukkan telur yang telah dipukul sebati bersama esen vanilla dan kacau hingga sebati menggunakan whisk. (kalau nak lebih mudah, masukkan adunan dalam mangkuk pemutar dan putar menggunakan mixer hingga sebati)
6. Selepas itu, masukkan adunan ke dalam pipping bag dengan menggunakan nozel berbentuk bintang..saya pakai plastik bag sja..tu yg nmpak hodoh.
7. Paipkan adunan bentuk rosset di atas dulang pembakar dan tekan bucu supaya kejadian puff nanti cantik bulat.
8. Spray permukaan cream puff dengan air.
9. Bakar pada suhu 200'c selama 15min-20min dan kemudian turunkan suhu kepada 180'c dan teruskan bakar selama 20minit hingga keperangan. (Bergantung pada oven masing-masing)
10- Setelah sejuk potong sedikit cream puff bolehlah paipkan cream kastard dan ayak gula icing ke atasnya...sedia dihidangkan...Selamat mencuba

6 ulasan:

  1. inti kastad n sambal sardin ..dua-dua sedap...

    .

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu...en suami x suka yg manis2

      Padam
  2. susah juga nk buat cream puff ni ya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. baca resipi banyak kali dah...kali ni baru berjaya buat

      Padam
  3. amboi kak... terornyer... kalu dana mmg tak buat lah kalu leceh nk bt gitu... kui3

    maklum lah dasar pemalas kan... msti sdp kak mkn ngn sadin... al maklum tekak org malaysia, sedap lg sambal dr custard

    BalasPadam
    Balasan
    1. teringin nak buat lama dah...sedap jgk makan dgn sambal sadin

      Padam