Nuffnang ads

Selasa, 10 September 2013

Marble Kek Yang Gebu

Assalamualaikum...
Lama dah tak buat kek marble ni....Ahad kemarin rajin lebih sikit..saya buat kek marble resipi dari mak bonda...seingat saya kalau raya mak pasti buat kek ni. Bakar atas dapur gas saja tak payah pakai oven...mudahkan. Cuma perlu periuk berlubang ni...mai kita tengok resipinya



 Yang ni bila kita terbalikkan....cantikkan


Sangat gebu macam tuannya....perasan la pulak makcik ni.....hehehe

Bahan2nya :
2 cwn tepung gandum
1 1/2 cwn planta
1 1/2 cwn gula
4 biji telur (besar) kalau kecil 5 biji
1 camca teh baking powder
1 camca teh esen vanila
3 sudu besar serbuk koko (milo pun boleh)

cara2nya :

1. Ayak tepung dan baking powder bersama dan ketepikan. Pukul telur hingga naik ketepikan.
2. Pukul planta dan gula hingga kembang, masukkan telur yg telah di pukul tadi. Kacau sebati.
3. Masukkan esen vanila dan kacau sebati...kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit kacau sebati.
4. Asingkan 3 senduk adunan tadi dlm bekas lain dan campurkan dgn serbuk koko, kacau sebati.
5. Sediakan periuk berlubang sapu sedikit planta di dalamnya. Masukkan adunan asal dahulu di ikuti dgn adunan koko tdi dan tutup dgn adunan asal.
6. Bakar di atas dapur dgn api tengah yg kecil sekali. Bakar selama 45-60 minit. atau hingga masak.
7. Kalau tak ada periuk tu...boleh bakar dalam acuan biasa guna, tapi kena pakai oven.

Ok..selamat mencuba 

4 ulasan:

  1. Betullah Sarah, gebu betul keknya..
    Cantik pun juga:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kek mcm ni saja yg saya tau buat...yg ada deco2 tu tak pandai.

      Padam
  2. pakai periuk tu tak payah pakai oven yer, ok nnt nak try cari periuk tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya...saya lama dh dok buat kek pakai periuk tu..

      Padam