Assalamualaikum....
Hari ni saya nak share resipi kek pisang pula....walaupun banyak resipi2 yg ada dlm tenet ni, mungkin ada kelainan sikit kot....saya bakar kek tak payah pakai oven...tu yg lain sikit tu. Kek naik elok dan gebu...kalau tak pecaya boleh cuba...Tapi mesti ada periuk berlubang ni lah. Jom kita tengok resipinya....
Siap di potong untuk di bawa ke tempat kerja....nak makan dgn kawan2 tea break nanti...hehehe
Bahan2nya :
2 cwn tepung gandum
1 cwn planta
1 cwn gula
1 cwn pisang yg di lecek
3 biji telur (besar)
1 camca teh soda bikabonet
1 camca teh esen vanila
Cara2nya :
1. Ayak tepung dan soda bikabonet bersama dan ketepikan.
2. Pukul planta dan gula hingga kembang, masukkan telur kacau sebati.
3. Masukkan esen vanila dan kacau sebati...kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit kacau sebati.
4. Sediakan periuk berlubang sapu sedikit planta di dalamnya. Masukkan adunan tadi.
5. Bakar di atas dapur dgn api tengah yg kecil sekali. Bakar selama 45-60 minit. atau hingga masak.
6. Bila masak tuangkan dlm talam yg dilapik kertas..jgn risau kek takkan pecah atau rosak.
7. Kalau tak ada periuk tu...bakar macam biasa pakai oven.
Ok..selamat mencuba

Kalau keluarga kakak ni sekali hidang aje ni Sarah. Sedangkan cekodok pisang pun kami suka apa lagi kek pisang:)
BalasPadamMinggu ni mood rajin buat kek...
Padam