Nuffnang

Khamis, 12 September 2013

Epal Pai

Assalamualaikum....
Mai kita mengepai pulak...baru belajar ni buat epal pai...teringin nk makan bila tengok dlm tv cannel afc tu...mcm sedap ja...apa lagi cari la dlm tenet dn tengok blog2 mna yg ada resipi pai yg mudah2 yg senang diikuti...jdi terjumpa resipi ni....emm sedap..







Bahan-bahannya..

  • 6 biji epal hijau, dikupas kulit, potong dadu
  • 1 cwn gula pasir
  • 50 g kismis (saya tak letak)
  • 1 camca besar tepung jagung, bancuh dgn sedikit air
  • 1 camca serbuk kayu manis 
  • Untuk doh :-
  • 4 cwn tepung gandum 
  • 1 cwn mentega
  • 2 biji telur Gred A, dikacau sedikit
  • 1/2 gula halus

Cara-cara

  1. Masukkan gula pasir dlm periuk masak hingga cair dan keperangan. Masukkan epal, serbuk kayu manis dan kismis. Gaul rata. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat. Sejukkan.
  2. Untuk doh pula, ayak tepung dan gaulkan dengan gula halus hingga rata. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan2 serbuk roti. Tuang telur yg telah dikacau tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga jadi doh yg tidak melekat dimangkuk adunan. Bungkus dgn plastik dan sejukkan 30 minit.
  3. Selepas 30 minit keluarkan doh dan biarkan sebentar. Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal. Doh mesti dicanai lebih besar dari mangkuk pie.
  4. Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan dgn cermat terbalikkan doh ke dalam mangkuk pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam mangkuk itu. Potong lebihan doh. Tuangkan inti yang telah sejuk.
  5. Tutup permukaan pie dgn lebihan doh, ikut kesukaan anda nk anyam tikar ka atau buat corak2 sikit...Sapu dgn kuning telur Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit...atau hingga masak. 
  6. Sejukkan pie sebelum dipotong. Selamat mencuba..

6 ulasan:

  1. Sedapnya sarah... hulur akak sepotong pie tu bole ehe :)

    BalasPadam
  2. Sy dah pnah buat epal pai tp versi kcik la kak....tp x berapa nak jln kat tekak orng dlm umh ni...diaorng suka gak yg pedas2....huhuhu....
    Nmpk cntik la pai akak...:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak2 akak pun sama suka yg pedas2...mak dia yg kena perabis...huhuhu

      Padam
  3. Gerenti sedap. Kalau campur kismis lagi sedap ni Sara...
    Kakak kalau yg leceh-leceh ni memang malaslah tapi bab makan suka:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya la dlm resipi tu letak kismis...tpi tak beli, kira tangkap muat ja la...kalau nk buat tu terketaq2 sgt tak boleh tggu dah...hehehe

      Padam