Nuffnang ads

Rabu, 31 Julai 2013

Kue Tiew Hailam

Assalamualaikum...
Kemarin dah tak tau nak masak apa dah...nak beli dkt pasar ramadhan pun dok tengok2 macam tak best pun tak menepati citarasa...cuma kuih2 tu boleh lgi la...singgah dkt kedai tengok apa yg berkenan, nampak kue tiew. Baru teringat nk masak hailam, bagitau En Suami...dia kata ok lah tu. Saya beli kue tiew, taugeh, sotong dan fish ball, baru Rm6.50...jimat2. Lain2 bahan dah ada dlm peti ais kat rumah...jom kita tengok resipinya yang ringkas.. 





Bahan2nya...
500g kue tiew
2 camca besar kicap cair
3 ekor sotong (di potong kecil)
4 biji fish ball ( di belah 4)
1 pokok kailan
20 sen taugeh
1/2 batang karot (potong dadu)
1 biji tomato
3 ulas bawang putih (di ketuk)
1 camca lada hitam (di tumbuk halus)
1 camca besar sos lada hitam
1 camca besar soso tiram
1 camca besar tepung jagung (dibancuh dgn 1/2 cwn air)
5 biji cili api (di ketuk)
1 camca besar cuka (atau air limau nipis)
1 biji telur
garam secukup rasa


Cara2nya..
1. Panaskan kuali masukkan sedikit minyak...masukkan kue tiew dan kicap kacau sebentar, angkat dan masukkan kedalam pinggan dan ketepikan.
2. Panaskan kuali sekali lgi masukkan sedikit minyak, tumis bawang putih dan cili api. Kemudian masukkan sotong, fish ball kacau sebentar. masukkan 1/2 lt air pastu masukkan sos tiram, sos lada hitam biar mendidih....masukkan telur.
3. Kemudian masukkan air tepung jagung tadi, biar mendidih, masukkan karot dahulu diikuti dgn sayuran. akhir sekali masukkan tomato dan taugeh.
4. Perasakan kuah hailam tadi dgn garam dan cuka..tuang ke atas kue tiew.
5. Kue tiew siap di hidangkan.
6. Untuk tambahan makan dgn cabai kicap yg di perah limau nipis...meletop

                        

Yang ni biasalah beli..lopez 5 ketul rm2 dan samosa, cucur badak dan kuih koci 8 ketul rm2.

Yang ini sotong rebus bersama kimchi, untuk bersahur....mudah 3 camca besar kimchi + 2 gelas air.
rebus mendidih masukkan sotong..masukkan garam secukup rasa. masukkan sebiji tomato yg dibelah 4.
Bila mendidih tutup api. Siap di hidangkan..yg ni saya masak waktu bangun sahur tadi.....

Selasa, 30 Julai 2013

Bihun Singapore

Assalamualaikum...
Hari ini masuk ke 21 ramadhan...Alhamdulillah, tinggal tak berapa hari lgi kita nak raya..cepat sungguh masa berlalu. Kuih raya tak buat lagi, dok tggu anak2 balik dari asrama...buat kuih dgn depa tak lah bosan sgt..lebih2 lgi nk gentel kuih siput..kemarin anak bongsu saya buat permintaan nak makan bihun singapore...
Pasai apa lah di panggil bihun singapore...tah2 org singapore pun tak tau..kita yg dok pandai cipta nama.



Cucur badak dan buah melaka ...Yang ini biasa lah bukan saya yg buat, kak Ton punya...tukar suka sama suka, seronokkan rumah dkt dgn kakak ipar yg baik hati...selalu dapat kuih..
Sirap bandung



Isnin, 29 Julai 2013

Asam Pedas Tumis Ikan Terubuk

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Hari ni dkt tempat kerja mengantuk sangat...huhuhu, sebab semalam cuti. Selalunya macam tu, semangat kurang sikit kalau hari isnin...cuba hari jumaat cukup ceria... Apa2 pun mai kita tengok resipi apa hari ini..
Asam pedas ikan terubuk, ikan cencaru belah belakang dan sambal budu dgn ulam daun mulbery...biasa makan tak ulam mulbery, daunnya tak pahit..sedap, anak saya yg bongsu tu pun makan ulam..jom tengok resipi...




 Bahannya :
1 ekor terubuk (kecil)
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih*
5 ulas bawang merah*
1/2 inc halia*
1/2 inc lengkuas*
2 batang serai (di ketuk)
Daun kesum
1 biji buah tomato
1 ketul ubi keledek
2 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
sedikit gula
Air secukupnya

Cara2nya
1. Blend bahan bertanda *. panaskan minyak dlm kuali..tumis bahan kisar dan cili kisar hingga pecah minyak. masukkan air dan ubi rebus hingga ubi empuk. kemudian masukkan ikan asam keping dan daun kesum.
2. Masak hingga mendidih perasakan garam dan gula, akhir sekali masukkan buah tomato.
3. tutup api.
Untuk ikan cencaru sumbat sambal mudah sahaja..
Bahan untuk sambal :
3 bili cili merah
5 bili cili api
2 ulas bawang besar
sedikit belacan
asam jawa
garam dan gula.

Caranya...
1. Tumbuk cili dan belacan hingga lumat diikuti dgn bawang, masukkan asam jawa buang biji tak payah perah..masukkan garam dan gula secukup rasa. gaul rata. Ikan di gaul dgn garam dan kunyit..Sumbat sambal tadi di belakang ikan..Goreng hingga garing..sedap di makan dgn nasi panas...selamat mencuba

Ahad, 28 Julai 2013

Donut kentang gebu

Assalamualaikum....
Hari ini mari kita mendonut pulak...sory lah gambar x brapa clear...maklumlah copy dkt wechat anak penakan..Hari jumaat lepas saya dn keluarga berbuka puasa dkt rumah kakak ipar di Kepala Batas. Kami gotong royong buat donut dgn nasi ulam...tak la penat sgt buat kerja ramai2...sambil bercerita bab2 semasa yg sedih pun ada yg suka2 pun ada...lagu mana pun untuk hampa, tu yg tak tahan...ok jgn merepek sgt noo mai kita tengok resipinya kot2 ada yg ingin mencuba...

 Donut yg siap di goreng dan belum di salut gula lgi...

Anak penakan yg paling kecil dlm keluarga kami yg lain dh tua2 dah.. hahah...tengok tu dia org pertama yg rasmi donut..model baru dlm blog saya hahaha..jom tengok resipi.

Bahan2nya....
1kg tepung gandum
1 bungkus mauripan (11g)+1/2 cwn air suam
1 camca gula
1 biji telur
3/4 cwn minyak masak
2 ketul kentang (rebus dan lecek)
1 sudu kecil garam halus
1 gelas air suam (utk uli)

Cara2nya..
1. Bancuh 1/2 cwn air suam, gula dan mauripan..perap 10 minit (sampai naik berbuih)
2. Masukkan tepung gandum ke dlm besen yg sesuai utk menguli (simpan 1 cawan tepung utk mencanai)
3. Buat lubang tengah2 tepung tuang minyak telur dan garam, gaul sedikit, masukkan kentang yg di lecek dan mauripan. gaul rata.
4. Masuk air sedikit demi sedikit uli hingga menjadi doh dan tak melekat di tangan, perap 1/2jam-1jam. atau naik 2 kali ganda.
5. Apabila doh naik tumbuk doh supaya buang anginnya...uli sekali lagi. Selepas itu tabur tepung ke atas papan pencanai, canai doh tdi setebal 10mm(agak2 jgn tebal sgt.) tekan dgn acuan, kalau tak ada acuan dgn gelas pun boleh. buat lubang tengah2nya.
6. Rehat sebentar..apabila donut kita nampak naik sikit bolehlah di goreng dgn api yg pelahan. angkt donut bila nampak kekuningan..salutkan dgn gula halus yg di blend atau gula icing pun boleh.
7. Siap donut kita dan boleh lah di hidangkan bersama kopi o panas.

Ok selamat mencuba...


p/s.. Jgn biarkan donut mentah terlalu lama kerana susah nak pegang apabila nk goreng nanti.





Khamis, 25 Julai 2013

Nasi Ulam versi utara

Assalamualaikum...
Berjumpa lagi kita hari ni...hari ke16 Ramadhan...saya nk syer juadah berbuka kemarin. Nasi ulam versi utara. Sambal lengkuas di gaul dgn nasi putih dan dicampur dgn ulam ulaman....mak aih sodap giler...
Nasi ulam ni selalunya bila bulan puasa baru teringat nak buat..sejak saya kecik2 lgi dh mcm perkara yg wajib pulak...selain drpd bulan ramadhan memang tak teringat nak makan pun. serupa dgn kanji a.k.a bubur lambuk..mai kita tengok serba sedikit tentang cara menyediakan nasi ulam...
Sambal lengkuas
ulam ulaman
yang siap di gaul
Makan dgn ikan kering dan telur masin

Bahan2nya utk sambal....
5 tangkai cili kering*
10 biji cili padi (kalau nk pedas boleh tambah)*
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inc halia*
1 inc lengkuas*
10 batang serai di hiris halus*
1/2 cwn air asam jawa*
garam secukup rasa
sedikit gula
air secukupnya (agak2 mesin boleh jalan cukuplah)

cara2nya..
1. Blend semua bahan bertanda *
2. Masukkan semua bahan kedalam kuali, panas api. masak hingga kering seperti di atas.
3. Tutup api biar sambal sejuk.

Bahan ke 2..dan caranya..
Nasi putih secukupnya.
Daun kaduk, mengkudu, pegaga, jeraka, cekur, daun cabang tiga, daun kunyit, beluntas dan lain2 jenis ulam lagi (ikut suka) banyak jenis pun boleh, janji boleh makan jgn yg beracun sudah.
Semua daun ulam tdi di mayang halus.
1 biji bawang besar (di mayang halus)
1 ketul ikan kering(isi) tumbuk hancur
sedikit lada hitam di tumbuk halus
Akhir sekali gaul nasi dgn hirisan ulam tdi, diikuti dgn ikan kering, lada hitam dan sambal lengkuas. kalau nk pedas letak sambal lebih sikit..
Siap nasi ulam kita...boleh juga di hidang dgn buah tembikai...hemm sedap.
ok...selamat mencuba

 
cucur udang ni kakak ipar(kak Ton) yg bagi
Murtabak ni beli dkt pasar ramadhan

Kuih2 ni 7 ketul Rm2

Rabu, 24 Julai 2013

Mee Rebus

Assalamualaikum..
Kemarin x sempat nak N3 menu berbuka, sebab anak bongsu saya demam la pulak...cuaca panas sgt kot.
Saya pun terasa nk demam sama. Alhamdulilah walaupun tak brapa sihat sempat jgk masak. Kali saya buat mee rebus. Jom kita layan dulu gambar... 




Jom kita tengok resipinya....

Bahan2 A utk kuah :
300g daging (kalau ada tulang lgi best) rebus hingga empuk
300g udang kecil (rebus ambil air dan blend kepala udang)
2 senduk cili kisar
2 senduk sos cili
2 camca besar kacang tauchu*
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1/2 in halia*
1 ketul ubi keledek (rebus)*
1/2 cawan kacang tanah (di goreng)*
1 sudu besar serbuk lada hitam
garam secukup rasa.
Air secukupnya

Bahan B :
500g mee kuning
2 pokok sawi
50 sen taugeh
2 ketul tauhu (di goreng) potong nipis
telur rebus
1 biji buah tomato
5 biji cili
daun sup dan daun bawang
sos cili

Cara2 :
1. Rebus daging hingga empuk dan angkat potong nipis2.
2. Kisar bahan bertanda *, masukkan cili dan bahan kisar kedalam air rebusan daging dan udang tadi.
3. Rebus hingga mendidih, akhir sekali masukkan lada dan garam.
4. Rebus air dan celur mee dan sayur jgn layu sangat nanti tak sedap.
5. Akhir sekali masukkan mee ke dlm pinggan dan letakkan daging,telur sayuran, tuangkan kuah mee keatasnya.
6. Mee rebus siap di hidang. selamat mencuba




Isnin, 22 Julai 2013

Laksa Penang

Assalamualaikum...
Hari ni saya nak sher gambar karipap2 cinta...bukan saya yg buat, tpi kak Ton yg buat. bukan kak Ton yg kat tv tu...Saya masak laksa penang...lagu mana pun untuk hampa (siaran p mai Fm)






En Suami tak suka makan laksa dkt kedai...makan tak puas tak boleh ulang banyak kali...nk lebih tambah duit la...tu dia lebih suka Pn Isteri yg masak, kalau kita masak sendiri kuahnya pekat sikit bubuh isi ikan lebih. Dekat kedai paham2 saja la...Mai kita tengok resipinya...

Bahan A :
1kg ikan kembung atau sadin (di rebus dgn 3 keping asam keping dan asing kn isi dgn tulang)
5 keping asam keping (asam gelugur)
1 ulas bawang besar*
10 tangkai cili kering* (direbus)
1 in belacan*
2 kuntum bunga kantan
secekak daun kesum
2 batang serai (diketuk)
1/2in lengkuas (diketuk)
garam secukup rasa
Air secukup nya

Bahan B :
1 bungkus laksa (di rebus hingga lembut)
(bahan utk hiasan)
5 biji telur rebus (di belah 2)
cili hijau / merah*
daun salad*
nenas*
bawang besar* (di potong halus semua bahan bartanda *)

Cara2 :
1. Kisar bahan bertanda *, kisar isi ikan dan tulang berasingan, tapis air tulang ikan.
2. Masukkan semua bahan A kedalam periuk, masukkan air secukupnya. ikut kepekatan yg kita mahu.
3. Rebus hingga mendidih, letak garam secukup rasa...siap kuah laksa
4. Boh laksa dlm mangkuk, letak bahan yg di potong tadi. tuang kuah di atasnya..siap dihidangkan

Selamat mencuba dan selamat berpuasa..







Ahad, 21 Julai 2013

YB melawat kawasan (keliling rumah saja..hehe)

Assalamualaikum...
Pagi Ahad yg nyaman....sambil pusing2 keliling rumah tngok pokok2 menghijau. Sempat saya snap pokok mahkota dewa yg mak tanam berbuah lebat, tak kira pun berapa biji...Alhamdulilah, ini kali yg ke3 dia berbuah..mula dia belajar berbuah 4-5 biji saja..kali ini menkagumkan... 


 





 Ni dia pokok buluh madu....ni En Suami yg tanam.

Biasa tengok pokok ni...ini lah pokok Markisa, baru nak naik..dia tumbuh sendiri, sebab dulu pokok markisa ada kat situ. mati lama dah.

Yang ni pokok Mulbery...lepas cantas batang dia...tumbuh pucuk bersama buah sekali...kita tggu dia masak..ok




Biasa tengok ka pokok ni...jarang jumpa kan...depan rumah saya ada tanam  pokok ni..Mak kata namanya pokok bunga mexico...tak tau betoi ka nama tu..

Gulai Rebung Madu dgn Ayam Kampung..

Assalamualaikum...
Alhamdulillah dah masuk hari 12 Ramadhan, rasa cepat sangat masa berlalu. Dulu masa saya kecik2 rasa puasa sebulan tu punya lah lama. Dok kira hari nk raya saja..tak tau mak pak kita dok pening kepala pikiq nk cari duit utk beli baju raya, kuih raya dan keperluan lain lgi..Kami pulak adik beradik ramai, 7 orang.
Hari ni nak syer hasil tanaman tepi rumah ya itu pokok buluh madu...hasilnya rebung la..

 Ha tudia rebung madu yg baru di ambil...

 Yang ini dah siap di proses..
 Ayam kampung terus dari reban...hahaha. En suami yg sembelih dan siap dgn proses sekali...

Yang ni saya yg buat bukan En suami...nak tengok resipinya..jom

Bahan2 :
1 kilo rebung
1 ekor ayam kampung
3 sudu besar rempah kari daging
1 ulas bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 in halia*
10 biji cili padi*
5 batang serai*
1 in lengkuas*
2 sudu besar kerisik*
2 keping asam keping
500 ml santan
Garam secukup rasa

Cara2 :
1. Masukkan ayam dn rempah kedlm periuk, masukkan air agak2 jgn banyak sangat rebus hingga empuk.
    (kalau ada pressure cooker lagi senang x perlulah rebus lama sgt 20min dah cukup)
2. Kisar bahan bertanda *. masukkan kedalam rebusan ayam tadi.
3. Rebus rebung hingga layu, massukkan sedikit garam. potong ikut sesukaan sendiri.
4. Masukkan rebung dlm ayam tdi dan masukkan santan, asam diikuti dengan kerisik.
5. Masak hingga mendidih masukkan garam secukup rasa.
6. Ayam dan rebung empuk tutup api.

Selamat mencuba..