Nuffnang

Rabu, 24 Julai 2013

Mee Rebus

Assalamualaikum..
Kemarin x sempat nak N3 menu berbuka, sebab anak bongsu saya demam la pulak...cuaca panas sgt kot.
Saya pun terasa nk demam sama. Alhamdulilah walaupun tak brapa sihat sempat jgk masak. Kali saya buat mee rebus. Jom kita layan dulu gambar... 




Jom kita tengok resipinya....

Bahan2 A utk kuah :
300g daging (kalau ada tulang lgi best) rebus hingga empuk
300g udang kecil (rebus ambil air dan blend kepala udang)
2 senduk cili kisar
2 senduk sos cili
2 camca besar kacang tauchu*
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1/2 in halia*
1 ketul ubi keledek (rebus)*
1/2 cawan kacang tanah (di goreng)*
1 sudu besar serbuk lada hitam
garam secukup rasa.
Air secukupnya

Bahan B :
500g mee kuning
2 pokok sawi
50 sen taugeh
2 ketul tauhu (di goreng) potong nipis
telur rebus
1 biji buah tomato
5 biji cili
daun sup dan daun bawang
sos cili

Cara2 :
1. Rebus daging hingga empuk dan angkat potong nipis2.
2. Kisar bahan bertanda *, masukkan cili dan bahan kisar kedalam air rebusan daging dan udang tadi.
3. Rebus hingga mendidih, akhir sekali masukkan lada dan garam.
4. Rebus air dan celur mee dan sayur jgn layu sangat nanti tak sedap.
5. Akhir sekali masukkan mee ke dlm pinggan dan letakkan daging,telur sayuran, tuangkan kuah mee keatasnya.
6. Mee rebus siap di hidang. selamat mencuba




Tiada ulasan:

Catat Ulasan