Nuffnang ads

Khamis, 25 Julai 2013

Nasi Ulam versi utara

Assalamualaikum...
Berjumpa lagi kita hari ni...hari ke16 Ramadhan...saya nk syer juadah berbuka kemarin. Nasi ulam versi utara. Sambal lengkuas di gaul dgn nasi putih dan dicampur dgn ulam ulaman....mak aih sodap giler...
Nasi ulam ni selalunya bila bulan puasa baru teringat nak buat..sejak saya kecik2 lgi dh mcm perkara yg wajib pulak...selain drpd bulan ramadhan memang tak teringat nak makan pun. serupa dgn kanji a.k.a bubur lambuk..mai kita tengok serba sedikit tentang cara menyediakan nasi ulam...
Sambal lengkuas
ulam ulaman
yang siap di gaul
Makan dgn ikan kering dan telur masin

Bahan2nya utk sambal....
5 tangkai cili kering*
10 biji cili padi (kalau nk pedas boleh tambah)*
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inc halia*
1 inc lengkuas*
10 batang serai di hiris halus*
1/2 cwn air asam jawa*
garam secukup rasa
sedikit gula
air secukupnya (agak2 mesin boleh jalan cukuplah)

cara2nya..
1. Blend semua bahan bertanda *
2. Masukkan semua bahan kedalam kuali, panas api. masak hingga kering seperti di atas.
3. Tutup api biar sambal sejuk.

Bahan ke 2..dan caranya..
Nasi putih secukupnya.
Daun kaduk, mengkudu, pegaga, jeraka, cekur, daun cabang tiga, daun kunyit, beluntas dan lain2 jenis ulam lagi (ikut suka) banyak jenis pun boleh, janji boleh makan jgn yg beracun sudah.
Semua daun ulam tdi di mayang halus.
1 biji bawang besar (di mayang halus)
1 ketul ikan kering(isi) tumbuk hancur
sedikit lada hitam di tumbuk halus
Akhir sekali gaul nasi dgn hirisan ulam tdi, diikuti dgn ikan kering, lada hitam dan sambal lengkuas. kalau nk pedas letak sambal lebih sikit..
Siap nasi ulam kita...boleh juga di hidang dgn buah tembikai...hemm sedap.
ok...selamat mencuba

 
cucur udang ni kakak ipar(kak Ton) yg bagi
Murtabak ni beli dkt pasar ramadhan

Kuih2 ni 7 ketul Rm2

2 ulasan:

  1. Betul-betul kakak tak pernah merasa nasi ulam macam tu sarah. Mesti lengkap sebab banyak ulam. Kakak suka bila baca resepinya tapi tak tahu boleh buat sesedap Sarah ke tak..

    BalasPadam
  2. Mesti sedap punya...asas memasak dh ada..saya pun dulu x berani nak buat..semua mak yg buat..skrg mak tinggal dkt pondok sg bakap(tempat o rg tua2 belajar mengaji) terpaksa la buat sendiri.

    BalasPadam