Nuffnang

Isnin, 29 Julai 2013

Asam Pedas Tumis Ikan Terubuk

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Hari ni dkt tempat kerja mengantuk sangat...huhuhu, sebab semalam cuti. Selalunya macam tu, semangat kurang sikit kalau hari isnin...cuba hari jumaat cukup ceria... Apa2 pun mai kita tengok resipi apa hari ini..
Asam pedas ikan terubuk, ikan cencaru belah belakang dan sambal budu dgn ulam daun mulbery...biasa makan tak ulam mulbery, daunnya tak pahit..sedap, anak saya yg bongsu tu pun makan ulam..jom tengok resipi...




 Bahannya :
1 ekor terubuk (kecil)
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih*
5 ulas bawang merah*
1/2 inc halia*
1/2 inc lengkuas*
2 batang serai (di ketuk)
Daun kesum
1 biji buah tomato
1 ketul ubi keledek
2 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
sedikit gula
Air secukupnya

Cara2nya
1. Blend bahan bertanda *. panaskan minyak dlm kuali..tumis bahan kisar dan cili kisar hingga pecah minyak. masukkan air dan ubi rebus hingga ubi empuk. kemudian masukkan ikan asam keping dan daun kesum.
2. Masak hingga mendidih perasakan garam dan gula, akhir sekali masukkan buah tomato.
3. tutup api.
Untuk ikan cencaru sumbat sambal mudah sahaja..
Bahan untuk sambal :
3 bili cili merah
5 bili cili api
2 ulas bawang besar
sedikit belacan
asam jawa
garam dan gula.

Caranya...
1. Tumbuk cili dan belacan hingga lumat diikuti dgn bawang, masukkan asam jawa buang biji tak payah perah..masukkan garam dan gula secukup rasa. gaul rata. Ikan di gaul dgn garam dan kunyit..Sumbat sambal tadi di belakang ikan..Goreng hingga garing..sedap di makan dgn nasi panas...selamat mencuba

2 ulasan:

  1. Makan ikan terubuk ni kena hati-hati, tulang banyak. Tak boleh bagi budak makan takut tercekik tapi kakak suka sebab lemak kan.. Biasa kakak bakar Sarah... sedap kan:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bakar pun sedap cicah pula dgn air asam..

      Padam