Nuffnang ads

Rabu, 3 Julai 2013

Pancake Kurma Madu

Assalamualaikum..
Menu hari isnin lalu saya buat pancake untuk minum petang...sedap sebab kali pancake saya menjadi.
Alhamdulilah resipi ni saya dapat dekat blog http://yatiememories.blogspot.com ...terima kasih cik Yatie
kerana sudi share resipi bersama kawan2...Tapi Pancake saya tambah buah kurma...boleh la sapa2 nk mencubanya..

 
tengok budak tu..x sabar nk makan...dia merangkap jururasa no 2 ..kalau no 1 mesti En suami...big bos..



2 ulasan:

  1. Kenapa sarah tak leak resepinya, bolehlah kakak tengok:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. resipinya..

      Bahan:-

      1 1/2 cawan tepung gandum
      1 biji telor
      1 cawan buttermilk (1 cwn susu segar + 1 sudu besar lemon juice)
      1/2 cawan gula kastor-saya letak 4 sudu besar
      1 sudu kecil baking powder
      1 sudu kecil soda bikarbonat
      1/2 cawan minyak jagung/m.masak(saya letak 5 sudu besar)
      10 biji buah kurma(saya tambah)
      Cara-Cara:-
      Campur aje sume2 bahan dan kacau rata.
      Rehatkan selama 20 minit. Panaskan non-stick pan dengan api perlahan.
      Tuangkan adunan dan biar sebentar (tutup pan sebentar). Bila pancake dah mula berlubang2 dan agak kekuningan bahagian bawah, terbalikkan dan masak hingga hingga kuning keemasan. Angkat. Hidangkan dengan syrup, butter or fresh fruits..
      *Petua supaya pancake kelihatan cantik permukaannya adalah dngn menggunakan non stick pan...gunakan api perlahan dan tak payah sapu butter/minyak pada pan. Selamat Mencuba.

      Padam