Nuffnang ads

Ahad, 28 Julai 2013

Donut kentang gebu

Assalamualaikum....
Hari ini mari kita mendonut pulak...sory lah gambar x brapa clear...maklumlah copy dkt wechat anak penakan..Hari jumaat lepas saya dn keluarga berbuka puasa dkt rumah kakak ipar di Kepala Batas. Kami gotong royong buat donut dgn nasi ulam...tak la penat sgt buat kerja ramai2...sambil bercerita bab2 semasa yg sedih pun ada yg suka2 pun ada...lagu mana pun untuk hampa, tu yg tak tahan...ok jgn merepek sgt noo mai kita tengok resipinya kot2 ada yg ingin mencuba...

 Donut yg siap di goreng dan belum di salut gula lgi...

Anak penakan yg paling kecil dlm keluarga kami yg lain dh tua2 dah.. hahah...tengok tu dia org pertama yg rasmi donut..model baru dlm blog saya hahaha..jom tengok resipi.

Bahan2nya....
1kg tepung gandum
1 bungkus mauripan (11g)+1/2 cwn air suam
1 camca gula
1 biji telur
3/4 cwn minyak masak
2 ketul kentang (rebus dan lecek)
1 sudu kecil garam halus
1 gelas air suam (utk uli)

Cara2nya..
1. Bancuh 1/2 cwn air suam, gula dan mauripan..perap 10 minit (sampai naik berbuih)
2. Masukkan tepung gandum ke dlm besen yg sesuai utk menguli (simpan 1 cawan tepung utk mencanai)
3. Buat lubang tengah2 tepung tuang minyak telur dan garam, gaul sedikit, masukkan kentang yg di lecek dan mauripan. gaul rata.
4. Masuk air sedikit demi sedikit uli hingga menjadi doh dan tak melekat di tangan, perap 1/2jam-1jam. atau naik 2 kali ganda.
5. Apabila doh naik tumbuk doh supaya buang anginnya...uli sekali lagi. Selepas itu tabur tepung ke atas papan pencanai, canai doh tdi setebal 10mm(agak2 jgn tebal sgt.) tekan dgn acuan, kalau tak ada acuan dgn gelas pun boleh. buat lubang tengah2nya.
6. Rehat sebentar..apabila donut kita nampak naik sikit bolehlah di goreng dgn api yg pelahan. angkt donut bila nampak kekuningan..salutkan dgn gula halus yg di blend atau gula icing pun boleh.
7. Siap donut kita dan boleh lah di hidangkan bersama kopi o panas.

Ok selamat mencuba...


p/s.. Jgn biarkan donut mentah terlalu lama kerana susah nak pegang apabila nk goreng nanti.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan