Nuffnang

Jumaat, 4 Ogos 2017

ROTI ARAB BERINTI

Assalamualaikum...Salam jumaat buat semua. Hri ni cikjah terlebih rajin update blog..semangat2 yes yes...kita nak share resipi roti arab berinti (Pak Arab pun x pernah buat..kalau dia tau mesti marah ni sbb derhaka) sorry cikjah merapu ja...roti arab ni bkn hri ni buat tau. Dah banyak hari buat roti pun dh habis tinggal gambar sja..kot sapa2 nak try buat boleh lah semak resipi di bawah..dlm insta dah lama upload...jom kita tgk resipi bahan apa yg perlu

INTI KENTANG +SARDIN
Bahan2nya
5 bji kentang (potong dadu rebus smpai empuk)
1 tin sardin(asingkan kuah)
1 batang karot(potong dadu)
1 bji bawang besar(potong dadu)
3 ulas bawang putih(cincang)
2 tangkai daun kari
1 senduk cili giling
1 biji limau kasturi
garam dan gula secukup rasa

Cara2nya
Panaskan kuali tuangkan sedikit minyak..tumis bawang, daun kari hingga agak layu. Masukkn cili giling masak hingga pecah minyak. Masukkn karot kacau sebentar dan masukkn ikan sardin. Hancur2 sardin dgn senduk kacau rata. Masukkn kentang yg telah di rebus tdi dan perasakan garam dan gula. Masak hingga kering dan akhri sekali perahkan sebiji limau kasturi. Ok siap inti kita. 
Kuah kita buang..sbb nnt bau sardin kuat sgt.



ROTI ARAB
Bahan2nya
4 cwn tepung gandum +1 sudu kecil baking powder(ayak)
1/2 cwn minyak masak
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis
secubit garam
2 sudu kecil yis (mauripan)*
1 sudu besar gula*
100ml air suam*
(campur bahan bertanda* dlm gelas biar berbuih)

Cara2nya
Masukkan tepung ke dlm bekas dan tuangkan sedikit air panas ke dlm tepung..agak2 1/2 cwn.
Masukkn semua bahan uli sampai adunan x melekat di tangan kalau adunan keras tambah sedikit air.
Rehatkan adunan selama sejam atau naik 2x ganda.
Setelah adunan naik uli sekali lagi dan bulat2kan cikjah buat 16 ketui..pastu boleh letak inti.
Rehat sebentar boleh la di bakar di atas pan..boleh tambahkan planta semasa  membakar roti.
Ok balik2kan biar masak sekata..ok siap masak 
Selamat mencuba..sekian 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan