Nuffnang

Jumaat, 27 September 2013

Rona Roni Makaroni

Assalamualaikum....
Hari ini saya nak share resipi Makaroni bakar yg senang nak buat...tak pakai chees, sebab masa buat tu chees tak beli...hahaha. Apa yg ada kat rumah ja..jgn menyusahkan diri betul dak...En Suami ada komen sikit..dia kata masakan tak lengkap..tapi bedal jugak..hehehe. Ok jom layan resipi 




Bahan2nya... 
400g makaroni
10 biji telur
3 keping daging burger Ramly atau daging kisar.
1 biji lada
1 biji tomato
1 senduk cili kisar
1 biji bawang holland
3 ulas bawang putih
2 pelepah calery
1 sudu teh oregano
mayonis
sos cili
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Minyak masak

Caranya..
1. Masukkan makaroni dan 1 camca besar minyak masak ke dalam periuk, rebus hingga makaroni lembut tos kan.
2. Pukul telur sedikit dan ketepikan, tumbuk daging burger dlm lesung..(macam daging kisar)
3. Cincang bawang holland dan bawang putih,  tomato dan lada besar di potong dadu. calery di potong kecil.
4.Panaskan kuali masukkan sedikit minyak tumis kedua2 bawang tadi..masukkan cili kisar, masak hingga  pecah minyak.
5. Masukkan daging kacau rata, biar 5 minit hingga daging masak sedikit. Masukkan makaroni dan calery kacau rata.
6. Kemudian masukkan tomato, lada ..kacau lgi dan masukkan garam secukup rasa..sedikit gula.
7. Tutup api...alihkan makaroni tadi kedalam loyang, tuang telur ke atas makaroni dan tabur oregano.
8. Akhir sekali tuangkan sos cili di ikuti dgn moyonis dan bakar dlm oven suhu 200c selama 30 minit atau telur mengeras..
9. Sejukkan dahulu sebelum di potong.

Selamat mencuba... 

4 ulasan:

  1. Dah separuh habis tu Sarah mesti sedap tu.. terliur akak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap jugak la...tpi kalau selalu kembang pipi..dh la skrg ni pun makin kembang.

      Padam
  2. Kata kurang lengkap tapi dah hampir licin dibuatnya ye Sarah..
    Kalau ada cheese lagilah tak cukup seloyang:)

    BalasPadam
  3. Tu yang tak tahan....makan tetap makan..En suami kata komen pun kena jugak baru ada perubahan...Anak2 tak kesah..mama buat apa pun sedap.

    BalasPadam