Nuffnang ads

Selasa, 14 Januari 2014

Masak lemak ketam dgn terung dayak

Assalamualaikum...Salam Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1435H
Rasa banyak hari tak N3...nak kata sibuk tak la sibuk sangat...anak yg bersekolah sorang saja tinggal kat rumah yg lain tinggal kat asrama...ni mesti virus pemalas ni. Hari saya nak syer resipi ketam masak lemak cmpur terung dayak...sebenarnya dah lama dlm inbox tak sempat nak pos kat blog..masa abang saya balik dari sarawak haritu dia juga bawa buah terung dayak ni...dah nak kecut simpan dalam peti ais....mai kita tengok resipi, resipi ni orang lain pun tahu jgk nak buat.. kot2 berlain sedikit... 

Ini dia buah terung dayak yg di import dari sarawak


Bahan2nya..
4 ekor ketam bunga
2 biji terung dayak di buang kulit dan potong 8
2 batang serai, di ketuk
2 helai daun kunyit
1 liter santan
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar.. 
25 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 in lengkuas

 Cara2nya..
  1. Ketam dibersihkan,Kerat 2 setiap seekor. Cuci bersih, tos dan masukkan ke dalam periuk.
  2. Masukkan serai  dan bahan2 kisar dan asam gelugor. kemudian masukkan terung.
  3. Kacau rata dan masak hingga mendidih. masukkan santan kacau perlahan.Biar mendidih dan ketam berubah warna,
  4. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api sederana.
  5. Akhir sekali masukkan daun kunyit..Ok dah siap masak lemak ketam dng terung dayak..
  6. Selamat menjamu selera...makan dgn nasi panas2..fuh meletop.

13 ulasan:

  1. Salam Maulidur Rasul kak…
    First time tgk terung dayak…. rasa dia sama mcm terung biasa ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya masam2 sikit...depa selalunya buat smbl belacan..

      Padam
  2. cam sedap jer.. x kenal terung tu, kt semenanjung xder ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pedas giler..hinggh meleleh ayaq mata..terung tu tak dak kat sini...

      Padam
  3. Salam Maulidur Rasul...frist time tengok terung ni...masak lemak ada elemen masam2, memang best..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak benda yg kat sarawak kat sini tak ada...abg kak sarah dia akn bwa yg pelik2..tu yg best

      Padam
  4. Tak pnh dgr trung dayak akk..ni pertama kali ni..mcm buah sentul je warna dia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. buah ni ada dkt sabah sarawak ja kot...kat semenanjung tak ada..

      Padam
  5. Terung dayak tu macam buah duku ekh kak rupanya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat dlm mcm terung jgk..biji2 banyak..lupa nak belah 4 bru nampak..

      Padam
  6. ok akak dah berjaya buat sy lapar

    BalasPadam
  7. pengganti terung dayak kalau pake terung biasa yang dijual dipasar , kayaknya sama enaknya juga ya
    kusneti

    BalasPadam
    Balasan
    1. terung dayak rasanya masam sikit berbeza dr terung biasa.

      Padam