Nuffnang

Khamis, 24 Oktober 2013

Fettucine carbonara

Assalamualaikum...
Fettucine carbonara betui ka tidak saya pun tak tau....anak dara saya yang masak...tak pernah makan benda macam ni...rasa lemak2 macam tu...En suami minta cabai potong...tak pedas mana nak best..bedal saja la...saya pulak tambah sos cili....anak2 kata ` abah ngan mama merepek '...hahaha jom kita tengok resipinya...ini hasil dari interview yg saya buat dari anak kesayangan...anak2 yg lain pun sayang jugak...




Bahan2nya..
  • 500 gm pasta fettuccine
  • 2 sudu makan minyak masak
  • isi ayam ( ambil dkt dada) 
  • 1 cawan susu segar
  • 10 biji cendawan butang (dipotong nipis)
  • *1 biji capsicum merah
  • *1 biji capsicum hijau
  • *1 biji capsicum kuning
  • * 2 biji tomato
  • * 1 labu bawang besar (* dipotong dadu)
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 2 suduk kecil serbuk oregano
  • 125 gm keju Cheddar (dipotong halus) (saya guna cheese keping)  
  • 30 gm daun parsley (dicincang halus)
  • garam secukup rasa
Cara-Caranya..
  1. Masak air secukupnya di dalam periuk dan bila mendidih masukkan garam, minyak sedikit dan fettuccine, masak hingga lembut . Toskan dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan isi ayam, tomato, cendawan butang dan susu segar. Kacau rata.
  4. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk oregano dan garam. Kacau rata lg.
  5. Masukkan keju Cheddar, kesemua capsicum dan masak hingga kuah pekat.
  6. Tuangkan ke atas fettuccine dan taburkan daun parsli.
  7. Sedia dihidangkan.

2 ulasan:

  1. Kita ni tekak Melayu..kalau tak pedas, tak puas makan...pandai anak akak masak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak saya yg no3 ni ada minat nk masak..tapi kakak dia langsung tak sebut pun nak belajar masak ka...

      Padam