Nuffnang

Isnin, 24 Jun 2013

Homemade kimchi

Hari ahad kemarin En suami minta saya buatkan kimchi. Kali ini saya dh sediakan resipinya.
Resipi ni saya dapat dlm blog juga tapi tak ingat dari blog mana....
Resipi ini diubah sedikit mengikut citarasa saya sendiri dan bahan yg sedia ada disini..Rasanya sedap...boleh di makan dgn nasi atau maggi. ataupun boleh buat nasi goreng dan stew...jom kita tengok resipinya.. 
 
 Bahan2 :

1 biji kobis cina
1 biji epal hijau *
1/2 biji lobak putih*
1 biji keledek putih (di rebus)*
3-4 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
1/2 in halia*
1 camca besar budu/sos ikan*
1 keping gula kabung*
garam secukup rasa.

Cara2 :
1. Kobis di bersihkan dan di potong ikut citarasa.
 2. Gaulkan dgn garam dan
peramkan selama 2 jam. hingga nampak layu. Cuci daun kobis dan toskan.
3. Kisarkan semua bahan yg bertanda *.
4. Gaul bahan kisar bersama kobis hingga meliputi semua kobis. Simpan dlm peti ais selama 2 hari.
5. Dah siap kimchi boleh la di makan..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan