Assalamualaikum...
Kemarin dah tak tau nak masak apa dah...nak beli dkt pasar ramadhan pun dok tengok2 macam tak best pun tak menepati citarasa...cuma kuih2 tu boleh lgi la...singgah dkt kedai tengok apa yg berkenan, nampak kue tiew. Baru teringat nk masak hailam, bagitau En Suami...dia kata ok lah tu. Saya beli kue tiew, taugeh, sotong dan fish ball, baru Rm6.50...jimat2. Lain2 bahan dah ada dlm peti ais kat rumah...jom kita tengok resipinya yang ringkas..
Bahan2nya...
500g kue tiew
2 camca besar kicap cair
3 ekor sotong (di potong kecil)
4 biji fish ball ( di belah 4)
1 pokok kailan
20 sen taugeh
1/2 batang karot (potong dadu)
1 biji tomato
3 ulas bawang putih (di ketuk)
1 camca lada hitam (di tumbuk halus)
1 camca besar sos lada hitam
1 camca besar soso tiram
1 camca besar tepung jagung (dibancuh dgn 1/2 cwn air)
5 biji cili api (di ketuk)
1 camca besar cuka (atau air limau nipis)
1 biji telur
garam secukup rasa
Cara2nya..
1. Panaskan kuali masukkan sedikit minyak...masukkan kue tiew dan kicap kacau sebentar, angkat dan masukkan kedalam pinggan dan ketepikan.
2. Panaskan kuali sekali lgi masukkan sedikit minyak, tumis bawang putih dan cili api. Kemudian masukkan sotong, fish ball kacau sebentar. masukkan 1/2 lt air pastu masukkan sos tiram, sos lada hitam biar mendidih....masukkan telur.
3. Kemudian masukkan air tepung jagung tadi, biar mendidih, masukkan karot dahulu diikuti dgn sayuran. akhir sekali masukkan tomato dan taugeh.
4. Perasakan kuah hailam tadi dgn garam dan cuka..tuang ke atas kue tiew.
5. Kue tiew siap di hidangkan.
6. Untuk tambahan makan dgn cabai kicap yg di perah limau nipis...meletop
Yang ni biasalah beli..lopez 5 ketul rm2 dan samosa, cucur badak dan kuih koci 8 ketul rm2.
Yang ini sotong rebus bersama kimchi, untuk bersahur....mudah 3 camca besar kimchi + 2 gelas air.
rebus mendidih masukkan sotong..masukkan garam secukup rasa. masukkan sebiji tomato yg dibelah 4.
Bila mendidih tutup api. Siap di hidangkan..yg ni saya masak waktu bangun sahur tadi.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan