Rabu, 12 Jun 2013

Puding Roti

Assalamualaikum...
Hari ni mai kita tengok resipi ke2 saya yg mengunakan Magic Pan...Puding roti epal. ha tudia..
Tapi pudingnya tak brapa cantik..takdak masalah rasanya masih ada kat situ...tu pasai terlebih bakar...orang bakar 15 minit macam tu, yg kita boh sampai 1/2 jam pasai pa...kan. Takpa boleh tray sekali lagi...mai kita tengok resipi di bawah...



 Kena pulak dgn kopi pekat...meletop
Bahan2 :
8 keping roti
4 biji telur gred b *
2 camca besar gula *
1 cawan susu segar *
1 camca besar mentega (di cairkan)*
1 camca teh esen vanila *
secubit garam *
sebiji epal di potong nipis2
1 camca besar buah pala sagat

Cara2 :
1. Campur semua bahan yg bertanda * .Kacau hingga sebati
2. Potong roti kecil2, kemudian susun dlm pemanggang. taburkan buah pala sagat dan epal.
3. Kemudian tuangkan aduan telur tadi di atas roti, biar roti kembang.
4. Letak pemanggang di atas dapur, bakar selama 10-15 minit. dan terbalikkan di bahagian sebelah lagi..selama 10-15 minit lgi.
5. Siap untuk di hidangkan panas2..atau pun sejuk

Mudah saja kan...selamat mencuba


4 ulasan:

  1. tak hangus kot..cuma garing dan epal terlebih masak jer, hehe..

    dh ada pemanggang...ajaib pulak katanya kan...harus ler gunakan, iye dak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik Alona...pasal dok ingat magic la..lupa nk tengok...hehehe

      Padam
  2. wow menarik.
    pestime tgk puding roti versi epal ;)
    guna pulak pemanggang ajaib

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebenarnya kismis tak ada...ganti ja la apa yang ada dlm peti ais...rasa ok jugak. Tapi kalau epal hijau lgi sedap

      Padam