Nuffnang ads

Jumaat, 14 Jun 2013

Roti oh Roti

Assalamualaikum...
Roti lagi...nak buat macam mana dah suka makan roti....saya nak kongsi resipi kali ni...
Mai tengok kat bawah...roti tembam




Bahan2 :
600gm tepung roti (tepung gandum pun boleh)
6gm yis (Mauripan)
1/2 cawan minyak masak
50ml air suam
1 biji telur
200ml air
2 camca gula
1 camca kecil baking powder
1 camca kecil bread improver
sedikit garam

Cara2 :
1. Ayak tepung bersama baking powder dan bread improver, ketepikan.
2. Campurkan yis, gula dan air suam..biar beberapa hingga yis berbuih...dlm berberapa minit saja..
3. Masukkan tepung, garam, minyak dan telur dlm bekas. kemudian masukkan yis yg sudah berbuih.
    dan masukkan air, uli hingga menjadi doh.
4. Biar doh kembang sehingga 2 kali ganda, kemudian tumbuk2 doh tadi supaya angin keluar. Uli sekali lagi.
5. Rehatkan doh lebih kurang 1 jam.  Lepas itu boleh la bulat2 doh ikut citarasa masing2, nak letak inti
    pun boleh. Bakar selama 15-20 minit. selepas masak sapu mentega di atas roti panas2.
6. Siap untuk di hidangkan bersama kopi o...

p/s : kalau guna breadmaker masukkan bahan cair dahulu...tapi yis tidak perlu di campur dgn air suam, guna air biasa 250ml.

Selamat mencuba..

2 ulasan:

  1. salam pkenalan....=)

    http://ctamanaqim.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam perkenalan dari saya juga...terima kasih kerana sudi jengok blog saya..

      Padam