Nuffnang
Rabu, 27 November 2013
Selasa, 26 November 2013
Nasi kerabu kelantan ( pasar malam isnin)
Assalamualaikum....
Petang kemarin balik dari kerja ajak En Suami singgah pasar malam dgn alasan nk beli sayur...ini kes malas masak ni...hehehe. Sambil jalan berpegangan tangan (tipu ja) ternampak satu gerai nasi kerabu kelantan...sambil berpandangan En suami kata ok kot yang ni..saya ok saja..dlm hati fuh lega tak payah masak aku malam ni...tengok sebelah kanan pula ayam percik pula dgn sosnya yg meleleh...
Nasi Kerabu yg biasa2 saja Rm3.50
Ayam percik Rm8.0
Petai 1 ikat Rm3.0
Kopi O bancuh sendiri
Ok selamat menjamu selera...
Isnin, 25 November 2013
Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari
Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.
Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.
Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.
Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.
Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...

- Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
- Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
- Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat.
- Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
- Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
- Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
- Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
- Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
- Melancarkan sistem pencernaan dalam badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
- Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
- Membantu seimbangkan tekanan darah.
- Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
- Meningkatkan sistem ketahanan badan.
- Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
- Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
- Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
- Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
- Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
- Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
- Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
- Testimoni lelaki - klik SINI
- Testimoni menyusukan anak - klik SINI
- Pelbagai masalah lain - klik SINI
Jom dapatkannya sekarang...
Official Website : www.oceanlife2u.com
Fanpage : www.facebook.com/oceanlife2u
Twitter : https://twitter.com/Ephyra2u
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com

Jumaat, 22 November 2013
Karipap rangup yg kremekmot...
Assalamualaikum....
Hari sabtu lepas saya buat karipap...permintaan anak dara saya yang kecil sekali..nak makan karipap tapi nak mama buat...mama ni dah la lama tak buat tu yang tak berapa menjadi..kremetmot dan hodoh2....huhuhu belasan ja lah..depa pun sanggup tolong..
Mai kita layan resipinya...resipi ni saya cari dlm blog..tapi di olah sedikit
Bahan :
400 gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam
Untuk Inti
Bahan :
10 biji kentang di potong dadu
300g daging di potong kecil
1 biji bawang holland (di potong dadu)
1 biji tomato (di potong dadu)
1/2 in halia (di cincang halus)
4 ulas bawang putih (di cincang halus)
1 biji bawang holland (di potong dadu)
1 biji tomato (di potong dadu)
1/2 in halia (di cincang halus)
4 ulas bawang putih (di cincang halus)
1 camca besar lada hitam di tumbuk halus
5-6 bili cili padi di potong halus
garam secukup rasa
daun sup dan daun bawang di potong halus
sedikit gula
Cara : untuk doh
1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap lebih kurang 1/2jam.
Sementara itu boleh buat inti karipap.
Buat Inti Karipap
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia, dan cili, hingga garing. masukkan daging dan kacau..biar daging empuk.
2. Kemudian masukkan kentang dan 1 cawan air, kacau. biarkan kentang empuk, masukkan bawang holland dan tomato, masukkan garam dan lada hitam, setelah masak dan inti agak kering, masukkan daun sup/daun bawang dan tabur sedikit gula tutup api dan sejukkan.
Proses mengelim karipap
1. Keluarkan doh dan bahagikan doh pada bahagian kecil, kemudian terap doh bentuk bulat dengan pengelek dan letak inti tengah2 kan kelim, kalau nak guna acuan pun boleh. Ulang langkah tadi hingga doh habis. Panaskan minyak, jangan menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.
Rabu, 20 November 2013
Ahad, 17 November 2013
Kari Serati bersama rebung madu
Assalamualaikum...
Sabtu kemarin jiran dkt rumah bagi itik serati....dia bela itik tu nak telurnya..tapi banyak yang jantan, jdi rezeki kami...Alhamdulillah...pada asalnya saya nak masak rendang..tpi tak jadi sebab itik tu kurus sikit isi tak banyak walaupun 2 ekor..saya masak kari rampai dgn rebung madu...tu pun nasib pokok buluh madu belakang rumah ada tumbuh rebungnya. ada 3 tombak..
En suami dengan abang sedang sembelih itik serati.
sekor tu dah rebah kebumi dan yang sekor lagi dok pening lalat.
garang sgt ka pakcik ni...takut ngat aih..huhuuh
dah siap kari...makan dgn nasi panas2..tambah satu lgi sambal mempelam (tak snap foto) lupa
ayam serama ni jgn sentuh la...makan modal
Sabtu, 16 November 2013
Rabu, 13 November 2013
Ahad, 10 November 2013
Sabtu, 9 November 2013
Bingka Ubi kayu
Assalamualaikum...
Kemarin balik dari kerja...tengok dekat dapur ada ubi kayu. Dalam hati ini mesti mak bonda yang cabut pokok ubi tepi rumah ni...pastu dengar dia cerita sakit pinggang sebab tebas pokok2 yg semak tepi rumah. Mak bonda sekali sekala balik ke rumah rasa nk buat kerja macam2...
Hai mana p menantu tak tebas hutan ni..sekarang kan sekejap hujan sekejap panas, apa lagi cepat lah naik pokok2 yg tak pernah tanam tu macam di bubuh baja...
Ok lah...nak cerita pasai ubi ni, mak bonda nak makan ubi rebus...saya pun rebus 3-4 ketul untuk mak dan selebihnya saya buat bingka pakai magic pan...cepat masak guna benda ni.
Bahan-Bahan:
- 5 cawan ubi kayu yg telah diparut/blend
- 1/2 cawan gula pasir *
- 1 cawan gula merah *( *dimasak dan tapis)
- 2 cawan santan pekat
- sedikit garam
- sagu dari ubi kayu
Cara-cara
- Ubi kayu dibuang kulit dan dibersihkan.. kemudian sagat atau blend pun boleh.
- Tapis ubi tadi dan mengeluarkan air yg kuning..jgn di buang .Setelah itu tuang air perahan tadi perlahan2 dan kita akan dapati sagu ubi kayu (pati akan mendap di dasar besen)
- Kemudian campur ubi kayu,sagu,gula,garam dan santan.gaul hingga sebati.
- Sapu sedikit planta pada magic pan..tuang adunan ke dalam magic pan dan bakar selama 20 minit dan terbalikkan bakar 10 minit lgi..
- Apabila masak sejukkan dahulu sebelum dipotong...sedia untuk di makan.
p/s....untuk dapatkan sagu yang banyak elok blend ubi tu....ok selamat mencuba
Jumaat, 8 November 2013
Roti Sosej
Assalamualaikum
Salam sejahtera semua...hari ini saya nak share resipi mudah dan ringkas yang tak pandai masak pun boleh buat. Semua barang saya beli dekat kedai borong (GL Frozen) En Suami kata kedai gila frozen...merepek betui la, kalau tuan kedai tu tau mesti dia jual mahai dekat kami..barang runcit dan barang buat burger semua ada kat situ...skrg ni kalau nak makan burger ka hotxxx ka buat sendiri...Jimat. Tapi kalau sorang makan tak payah buat pun takpa...beli lebih mudah.
Opps..katanya roti sosej..tapi tak nampak sosej pun..(sosej dah di bungkus dgn telur)
Bahan2nya..
Roti Oblong ( belah 2 sapu planta dan bakar )
2 sosej (belah) bakar
sos lada hitam
sos cili
1 bji telur ( kacau sedikit) masak-buat mcm dadar)
mayonis
daun salad
timun (dipotong nipis)
tomato (dipotong nipis)
bwg holland (dipotong nipis)
Cara2nya...
1. Bakar roti depan dan belakang, ketepikan. bakar sosej dan ketepikan.
2. Masak telur macam nk buat dadar...kemudian letakkan sosej yg di bakar tdi di atas telur supaya melekat pada telur dan balik2kn hingga masak kedua belah telur tdi.
3. Angkat dn letak di atas roti tadi...pastu bolehlah letak sos lada hitam, salad, tomato, timun dn sebagainya, ikut kesukaan masing2..nak sos lebih ka atau salad lebih.
4. Siap untuk di hidangkan.
Hari ini saya bawa bekal roti sosej....meleleh sos dan mayo...sedapp
Rabu, 6 November 2013
Mee goreng tangkap muat
Assalamualaikum..
Salam sejahtera...semalam balik dari kerja saya mengrajinkan diri untuk masak makan malam...saya masak mee goreng tangkap muat...apa2 yang ada dlm peti ais (yg sesuai utk masak mee) saya campak.. jom kita semak resipinya...kot2 ada yg nak cuba mee cik jah.
Bahan2nya...
500gm mee kuning
2 pokok sawi (dipotong)
30 sen taugeh
isi ayam (bahagian dada)
2 camca sos lada hitam
10 biji cili api (di tumbuk kasar)
4 ulas bwg putih ( di ketuk)
2 biji telur
1camca besar cuka
garam secukup rasa
sedikit gula
sedikit air
cabai + kicap+air limau (sambal kicap)
Cara2nya...
1. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak...tumis bawang dan cili api sampai naik bau.
2. Masukkan isi ayam...kacau sebentar..biar isi ayam itu empuk. masukkan sedikit air dan garam.
3. Masukkan sos tiram dan kacau.masukkan telur..biar mendidih...masukkan mee dan sawi, kacau sebati.
4. Masukkan taugeh kacau dan renjiskan sedikit cuka dan taburkan sedikit gula..kacau sebati.
5. Biar sebentar dan kacau sekali lagi dan tutup api...siap mee goreng untuk di hidang dgn sambal kicap.

Selasa, 5 November 2013
Langgan:
Catatan (Atom)