Nuffnang ads

Sabtu, 9 November 2013

Bingka Ubi kayu

Assalamualaikum...
Kemarin balik dari kerja...tengok dekat dapur ada ubi kayu. Dalam hati ini mesti mak bonda yang cabut pokok ubi tepi rumah ni...pastu dengar dia cerita sakit pinggang sebab tebas pokok2 yg semak tepi rumah. Mak bonda sekali sekala balik ke rumah rasa nk buat kerja macam2...
Hai mana p menantu tak tebas hutan ni..sekarang kan sekejap hujan sekejap panas, apa lagi cepat lah naik pokok2 yg tak pernah tanam tu macam di bubuh baja...
Ok lah...nak cerita pasai ubi ni, mak bonda nak makan ubi rebus...saya pun rebus 3-4 ketul untuk mak dan selebihnya saya buat bingka pakai magic pan...cepat masak guna benda ni.





Bahan-Bahan:
  • 5 cawan ubi kayu yg telah diparut/blend
  • 1/2 cawan gula pasir *
  • 1 cawan gula merah *( *dimasak dan tapis)
  • 2 cawan santan pekat
  • sedikit garam
  • sagu dari ubi kayu
Cara-cara
  1. Ubi kayu dibuang kulit dan dibersihkan.. kemudian sagat atau blend pun boleh.
  2. Tapis ubi tadi dan mengeluarkan air yg kuning..jgn di buang .Setelah itu tuang air perahan tadi perlahan2 dan kita akan dapati sagu ubi kayu (pati akan mendap di dasar besen)
  3. Kemudian campur ubi kayu,sagu,gula,garam dan santan.gaul hingga sebati.
  4. Sapu sedikit planta pada magic pan..tuang adunan ke dalam magic pan dan bakar selama 20 minit dan terbalikkan bakar 10 minit lgi..
  5. Apabila masak sejukkan dahulu sebelum dipotong...sedia untuk di makan.
p/s....untuk dapatkan sagu yang banyak elok blend ubi tu....ok selamat mencuba


5 ulasan:

  1. Bila tengok bingka ubi ni, teringat zaman kecik-kecik dulu, mak saya selalu masak bingka ni guna dapur kayu..dua lapis dapurnya, kat atas periuk dan jg yg bawah..hasilnya, bhg atas pun rangup jg dan wangi..colour kuning keemas-emasan..nostalgia..skrg susah nak dapat bingka ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. masakan orang tua2 memang best...tu yang dikatakan air tangan mak..kita ingat sampai bila2..

      Padam
  2. Sedapnya kak...buat mnum ptang ni...dgn kopi pnas pula...huhu..best2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. semalam tak sabar2....makan sambil tengok running man. dok panas2 lagi.

      Padam
  3. sedapnya bingka ubi, boleh bakar dgn magic pan yer...oklh tu boleh try.

    BalasPadam