Nuffnang ads

Jumaat, 22 November 2013

Karipap rangup yg kremekmot...

Assalamualaikum....
Hari sabtu lepas saya buat karipap...permintaan anak dara saya yang kecil sekali..nak makan karipap tapi nak mama buat...mama ni dah la lama tak buat tu yang tak berapa menjadi..kremetmot dan hodoh2....huhuhu belasan ja lah..depa pun sanggup tolong..
Mai kita layan resipinya...resipi ni saya cari dlm blog..tapi di olah sedikit




 Tang mana silap pun tak...awat dia tumbuh jerawat tu..minyak panas sgt kot..

Bahan :
400 gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam
Untuk Inti 
Bahan :
10 biji kentang di potong dadu
300g daging di potong kecil
1 biji bawang holland (di potong dadu)
1 biji tomato (di potong dadu)
1/2 in halia (di cincang halus)
4 ulas bawang putih (di cincang halus)
1 camca besar lada hitam di tumbuk halus
5-6 bili cili padi di potong halus
garam secukup rasa
daun sup dan daun bawang di potong halus
sedikit gula

Cara : untuk doh

1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin,  masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap lebih kurang 1/2jam.
Sementara itu boleh buat inti karipap.


Buat Inti Karipap
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia, dan cili, hingga garing. masukkan daging dan kacau..biar daging empuk.
2. Kemudian masukkan kentang dan 1 cawan air, kacau. biarkan kentang empuk, masukkan bawang holland dan tomato, masukkan garam dan lada hitam, setelah masak dan inti agak kering, masukkan daun sup/daun bawang dan tabur sedikit gula tutup api dan sejukkan.

Proses mengelim karipap
1. Keluarkan doh dan bahagikan doh pada bahagian kecil, kemudian terap doh bentuk bulat dengan pengelek dan letak inti tengah2 kan kelim, kalau nak guna acuan pun boleh. Ulang langkah tadi hingga doh habis. Panaskan minyak, jangan menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

14 ulasan:

  1. sedap karipap tu nampaknya...

    BalasPadam
  2. nak beli pun mahal seketui 40 sen kecik ja....saiz saya buat tu 2x ganda yg di jual..ok la boleh lah rasanya tak lah teruk sgt..hehehe

    BalasPadam
  3. Sya xpnh buat karipap lg akk..sbb sya x reti nk kelim karipap..hehehe..buat sendri lag puas ati kan kak..kenyang mkn.. :D

    BalasPadam
  4. pakai acuan pun boleh atau tekan dgn garfu kat tepi dia...

    BalasPadam
  5. wah.. sedapnya.. dah lama tak buat karipap sendiri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuti2 sekolah ni anak2 balik rumah seronok buat makan ramai2...terima kasih sudi lawat blog saya...

      Padam
  6. Hari tu mak datang rumah saya.... dia buat karipap banyakkk... taruk dalam peti ais...
    :D bestkan ada mak.. tak boleh bayangkan hidup tanpanya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak sarah pun masih ada mak..tapi ayah dah lama meninggal..kadang2 bila teringat rindu dkt dia...anak ramai kena buat kuih sendiri...baru puas makan.

      Padam
  7. Kak Sarah...masa nak masukkan karipap tu dalam kuali, kena kecikkan api dulu... bila dah masuk karipap baru besarkan api balik...jerawat2 pun nampak sedap gak tu.. mesti anak suka makan kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ka...terima kasih..nnt bleh try nnt..

      Padam
  8. apalah yg ada pd rupa..janji sedap hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak2 apa yg mama mereka masak semuanya sedap...tu yg x kisah sgt..

      Padam
  9. Walaupun kremekmot inti tu nampak sedap kak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk makan sendiri ok jgk la...tak pandai nak buat. tiap kali nk buat buka resipi...

      Padam